Kawan-kawan kakcik

Isnin, 22 April 2019

Ibu...walaupun kadangkala hatinya ingin membeku...

...namun tetap juga cair demi anak yang dikandung dan dilahirkan.  Buatlah bagaimanapun, dimalukanlah seantero alam, tetap juga segala duka dipendam dalam diam...

(catatan ini terlahir selepas menyaksikan satu peristiwa antara anak dan ibu - anak yang tidak berdaya masih tega menengking ibu yang menguruskannya)

Mungkin kerana sianak merasakan dia lebih pandai, lebih 'terkini', lebih tahu dan lebih segala-galanya, maka dia lupa bahawa dia lahir dengan disaluti kekotoran dan langsung tidak berdaya dari rahim seorang ibu yang kini dipandang 'hodoh dan bodoh'.

Anak, hari ini kau rasa kau lebih segala-galanya dari ibumu (walaupun sebenarnya kau dalam keadaan tidak berdaya).  Apa mungkin kau menyangka ibumu yang diam itu hatinya tidak terluka?  Apa kau rasa sangat bangga kerana ibumu tidak menjawab walau sepatah kata?  Malu dia hanya Allah Yang Maha Tahu.  

Dalam diam, dia mungkin menyesali dirinya sendiri.  Dia marahkan dirinya kerana 'tidak pandai mendidikmu' sehingga seharusnya kau jadi anak yang berbudi bahasa.  Ingatlah anak, redha Allah terhadapmu bermula dari redha ibubapamu.   Namun ibu tetap ibu, senyumnya menyembunyikan kedukaan hatinya.  Biar berubah riak airmukanya, namun dia cuba untuk ketawa.  

Anak, hari ini kau bangga membuatkan ibumu hilang harga diri.  Esok lusa nasibmu adakah kamu dapat menjangka bagaimana?  Benar, ada anak yang berjaya dan kaya raya walaupun menderhaka.  Tapi bahagiakan hatinya?  Boleh sahaja kamu mengaku bahawa kamu bahagia, tapi rasa 'tidak kena' akan mengekorimu ke mana-mana...

Sewaktu ibumu masih ada, hargailah dia.  Jangan nanti bila sudah tiada baru kau berpura-pura bahawa kehilangannya amat kau rasai dan sangat kau tangisi.  Sedangkan sebenarnya, jauh di sudut hati kau rasa kehilangan 'seseorang yang sudah tidak boleh kau buat hamba abdi!'

Wajah seorang ibu bernama aku.  Bersolek atau tidak, mata itu tetap 'memberikan cerita yang sama'...
  

7 ulasan:

  1. Allah sedihnya kak... esok màk takde baru dtg rasa berdosa baru dtg rasa menyesal... masa tu doa2 agar kita telah diampunkan oleh ibu bapa kita

    BalasPadam
  2. Hati seorang ibu...begitu lah kita, pendam rasa, biar bernanah di hati, di bibir tetap berkunci.
    Kita doakan dia yg pernah menumpang rahim kita selama 9 bulan itu sentiasa mendapat keampunan dari Tuhan, semoga syurga buat mereka nanti.

    BalasPadam
  3. teringat suka duka seorang ibu yg menelan segala perbuatan anak yang menghiris kalbu.

    BalasPadam
  4. Balasan yang tak perlu tunggu di akhirat adalah pada anak yang derhaka pada ibu bapanya..tunai di dunia.Itu yang PALING PC takut sangat-sangat.Sebab ibu ayah ni kadang pendam..rupanya dalam diam kita jatuh derhaka.Nauzubillah.

    BalasPadam
  5. sangat tersentuh membacanya..kadang2 anak2 tak tahu kita siang malam mendoakan yg terbaik utknya..

    BalasPadam
  6. mudah2an anak2 kita termasuk anak2 yang diredhai dunia akhirat. semoga hidup mereka sentiasa diberkali oleh ALLAH...

    BalasPadam
  7. Ada sebuah filem dahulu kala bertajuk "Ibulah Syurgaku"


    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com