Kawan-kawan kakcik

Ahad, 30 Ogos 2015

Bila duit 'ditelan' mesin ATM...


Pernah tak terjadi bila anda mengeluarkan duit dari mesin ATM, duit tidak keluar tetapi jumlah baki sudah berkurangan?

Bila ini terjadi, mesti kita jadi panik sekejap, kan?  Apatah lagi bila kita mengeluarkan wang menggunakan kad dan akaun dari bank yang lain (contohnya BSN)  di mesin ATM bank lain (contohnya Maybank).  Bertambah panik bila wang yang hendak kita keluarkan itu, hanya itulah baki yang 'layak' dikeluarkan...

Apa tindakan yang perlu kita ambil?

- simpan resit yang keluar dari mesin ATM itu (jelas di situ ada catatan URUSNIAGA TIDAK BERJAYA)

- semak baki duit kita (pastikan memang baki sudah berkurangan)

- ambil kad ATM yang kita gunakan untuk mengeluarkan duit tadi.  Di belakang kad itu tertera nombor telefon Pusat Khidmat Pelanggan atau Tele Banking bank berkenaan.

- Telefon nombor tersebut (dan kesabaran kena ada sama ada sebelum atau ketika dapat bercakap dengan seseorang yang menyambut panggilan kita).  Jawab soalan-soalan yang ditanya.  NOMBOR TRACE dan TEMPAT serta MASA yang tercatat pada resit yang kita ambil tadi adalah penting. Ianya menunjukkan bahawa kita benar-benar TAHU tentang transaksi yang telah berlaku.

- Biasanya kita DIJANJIKAN bahawa wang kita akan dipulangkan dalam tempoh 14 HARI (2 MINGGU).  Tak mengapalah, janji kita dapat balik duit kita.  Walaupun hanya RM50.00, ianya tetap bernilai untuk orang yang tak punya berbillion ringgit di dalam akaun, kan?

ITU SAHAJA. 


15 ulasan:

  1. Duit tak keluar tak pernah rasa lagi. Kad atm tak keluar dah banyak kali kena...

    BalasPadam
  2. Ya, betul. Saya pernah kena. Alhamdulillah ok semua. Awalnya panik sekejap. Nasib baik hari bekerja.

    BalasPadam
  3. Pernah terkena masa guna ATM machine di stesyen minyak. Haru.

    Sertai August Top Commentator Giveaways! Masih belum terlambat, berakhir esok. Komen mana-mana entri lepas dan berpeluang menangi produk Shaklee. Klik VitaminSuci untuk sertai. TQ!

    BalasPadam
  4. tak pernah lagi alami .. kad kena telan tu pernahlah.

    BalasPadam
  5. pernah alami..cuak sangat mase tu.. tp bile pergi bank , officer tu bgtau cara baru tenang .. hehe

    BalasPadam
  6. Duit tak keluar x pernah. Duit tetiba keluar x sempat nak masukkan kad pernah.
    Baru nak masuk kad tetiba duit keluar 3 ratus..eh...blur kejap...
    ambik duit, tekan yes utk resit, masa tu dah malam, jadi esok baru minta anak tolong pi hantar duit & resit ke bank

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah tak pernah lagi berlaku kes macam ni pada saya. Tapi biasalah bank ni... kalau bank yang telan duit kita walaupun janjinya 14 hari aje, entah berapa hari sebenarnya duit tu masuk balik. Cubalah kalau kita yang janji nak bayar hutang bank dalam masa 14 hari tapi tak bayar, macam-macam surat cinta mereka hantar nanti!

    BalasPadam
  8. salam kes sama ambank dah 14 hari tak masuk lagi bank sama ganggu mesej dan tel sebab loan kereta dah due macammana ? report polis dah buat

    BalasPadam
  9. Kalau resit tu da terbuang mcm mne..dpt x duit tu balik

    BalasPadam
  10. kalau resit tak keluar , macam mana pulak ? sbb baru 2 hari lepas jd kat saya. sy dr KL , pegi ke johor nk withdraw duit kat mesin atm Affin di segamat tp bila da buat transaksi , kad keluar tp duit tak keluar dan amount duit yg nk withdraw tu da deduct dr akaun. btw saya pengguna Maybank . jd mcm mne ?

    BalasPadam
  11. Baru terkena ja semalam,guna rhb tapi tekan di ambank 7eleven..lpas tekan amount pastu yes..trus atm offline,cek balik balance dah kena tolak.call bank diaorang ckp akan refund dlm tempoh 10hari..

    BalasPadam
  12. Saya kna d BSN.. lpas buat instan transfer kmudian draw skit utk blnja raya... lpas amik kad terus blah sbab dh pegang resit(lupa tu resit transfer maklum lah kul 7.15pagi)... tetiba org kat atm panggil duit dah masuk balik... tpaksa tggu lpas raya... tpksa lh bjimat n sderhana je raya ni 😯

    BalasPadam
  13. Lama plak nak menunggu..tapi di resit saya tak ada tulis transaksi tidak berjaya..tu yang musykil

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com