Kawan-kawan kakcik

Isnin, 10 April 2017

Bukan senang hendak senang (Bahagian 2)....

Lanjutan dari catatan sebelum ini, akhirnya anakku mengambil keputusan untuk membuat 'projek aiskrim Malaysia'.  Sebagai ibu, sekali lagi aku memberi sokongan dengan membantunya membuat aiskrim tersebut.  Dia memasak air dan menyediakan bancuhan. Aku yang mengisi ke dalam plastik dan menyimpul ikatan palstik itu.

Projek ini memakan masa lebihkurang empat jam (dari jam 8.00 malam hingga 12.00 tengahmalam).  Lebih 150 batang aiskrim kami berjaya siapkan.

Empat jenis aiskrim disediakan:
Choki-choki, sirap limau, agar-agar sumi
dan milo pekat likat.  Dia bertegas untuk
menjual dengan harga RM1.00 sebatang.
(Aku memang bukan seorang peniaga, kalau
ikut aku, mungkin aku jual dengan harga RM0.50
sahaja sedangkan modal yang dikeluarkan agak
banyak juga 😎😎

Pelanggan pertama yang jadi sasaran adalah
ibu-ibu dan bapa-bapa saudaranya.
Alhamdulillah, sebagai sokongan, mereka sudi
membeli.  Aku turut merasa lega!

Ujian dan dugaan akan datang dan pergi.  Terpulang kepada kita bagaimana mahu menanganinya.  Selepas projek aiskrim ini siap pada tengahmalam dan sudah disusun dengan rapi dalam peti dingin beku, kami tidur dengan lena.  Seperti biasa, aku akan bangun awal pagi.  Bila buka peti dingin beku, AllahhuAkbar! aiskrim masih belum beku.  Hanya sedikit yang membeku.  Kipas peti sejuk berhenti berpusing rupa-rupanya!  Ikutkan rancangan asal, anakku hendak membawa aiskrim itu untuk dijual di mana-mana Taman Tasik.  Elok juga dia telah membatalkan rancangan itu.

Sehingga tengahari, peti dingin beku masih bermasalah.  Berpaket-paket ais kami beli untuk menyejukkan aiskrim.  Akhirnya, aiskrim itu semua dipindahkan ke peti ais di rumah adikku yang berdekatan.  Benarlah, bukan senang hendak senang.  Itu baharu projek yang sangat-sangat kecil berbanding dengan cerita jerih payah ahli-ahli perniagaan yang sangat berjaya sekarang...

17 ulasan:

  1. Sekurang2nya dia tahu macam mana susah jerihnya untuk berdikari.

    BalasPadam
  2. assalamualaikum kakcik...betul tu..dr susah kita belajar bila dah senang x akan dilupakan masa susah yg telah dilalui...:)
    ** Mama Maszull

    BalasPadam
  3. bila terbiasa dengan kesusahan, insha allah datanglah apa saja rintangan. Tak mati kekejungan. Pasti dicuba hingga beroleh kejayaan. Selamat maju jaya buat anak kakcik.

    BalasPadam
  4. moga berjaya mengumpul dana spt yg di harapkan....
    blm apa2 dh ada dugaan pulak ye kakcik... harapnya ok lah nnti peti ais nya tuh

    BalasPadam
  5. Macam-macam dugaan ya, Kakcik. Memang benarlah tu, bukan senang nak jadi senangkan. Akhirnya semua aiskrim berjaya dijual habis tak? Cukup dah dana yang diperlukan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belum habis lagi. InsyaAllah, dengan izinNya pasti ada jalan, kan? :)

      Padam
  6. mkn eskrem ni best tp nk membuat part simpul tu xbrp reti hehe

    BalasPadam
  7. Memang aiskrim jenis berkrim lambat nak beku kalau letak dalam peti ais biasa. Masa mula2 buat dulu saya pun alami masalah yang sama. Akhirnya saya masukkan semua dalam kotak freezer. Baru cepat beku. Mujur juga saya ada freezer kat rumah.

    BalasPadam
  8. InsyaAllah berkat sokobgan akak dan keluarga...pasti boleh..

    BalasPadam
  9. Tak apa akak. Langkah pertama. Semoga bisnes aiskrim berjaya nanti. Nampak sedap aiskrimnya.

    BalasPadam
  10. sedap gak yang buah sendiri. semoga berjaya kakcik

    BalasPadam
  11. Satu permulaan yang amat baik dan pelajaran yang amat berharga di awalnya! "Expect The Unexpected!"

    BalasPadam
  12. Kita nampak mereka yg dah berjaya, macam senang je kan KC. Kita tak tau apa yang mereka hadap sebelum mengecapi kesenangan.
    Cuma bisness aiskrim pun dah banyak dugaannya.
    Tak pe...jangan cepat mengaku kalah, insyaallah kejayaan akan jadi milik KC

    BalasPadam
  13. Sebelum ni pernah jugak saya buat macam ni Kakcik tapi tak lama sebab sibuk dengan rutin harian dan anak2 yang dok ulang makan ice cream hehehe.. tapi lepas ni macam teringin nak buat balik.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.