Kawan-kawan kakcik

Khamis, 6 April 2017

Bukan senang hendak senang...

...hanya seminggu sahaja lagi Majlis Anugerah Dekan tempat anakku belajar akan berlangsung.  

Anakku dan rakan-rakannya ditugaskan mencari dana melalui penyumbang-penyumbang yang baik hati.  Namun hingga saat ini, mereka masih gagal untuk mengisi tabung sebagaimana diperlukan. 👀👀👀😒😒😒

Aku melihat usaha yang dilakukannya sejak sebulan lalu. Menaip email, mengarang (aku tak tahu apa yang dikarang) hingga ke tengah malam dan bangun awal pagi untuk ke universiti.  Hari ini dia dan kawan-kawannya mungkin akan menjelajah ke mana-mana syarikat untuk 'merayu sumbangan'.  Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan mereka.

Aku tak pernah belajar hingga ke universiti, jadi aku tak tahu tentang tugasan-tugasan sebegitu.  Hanya yang mampu aku lakukan sebagai seorang ibu, mendoakannya sahaja.  Aku juga tidak mempunyai 'kawan-kawan' yang memiliki syarikat-syarikat besar yang mungkin boleh aku 'tanya-tanyakan'.  Sedangkan sebagai seorang blogger (kononnya), aku sendiri tidak mendapat penajaan untuk apa-apa 'kerja berbayar'...

Tak mengapalah anakku, berusahalah.  Allah ada untuk membantumu.  Tingkatkan keyakinan, berusaha dan berdoa tanpa putus asa.

p/s :  anakku adalah antara yang tersenarai sebagai calon Anugerah Dekan untuk tiga semester berturut-turut. Alhamdulillah.

16 ulasan:

  1. alhamdulillah tahniah anak kakcik deans list. memang betul bukan senang nak senang

    BalasPadam
  2. wahhh, tahniah anak tersenarai sebagai calon anugerah dekan :D

    BalasPadam
  3. Kakcik,
    Tahniah. Semoga diberi Allah kemudahan dalam urusannya.

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah tahniah untuk akak dan suami..tahniah untuk anak akak juga..moga Allah permudahkan semuanya ya kak..

    BalasPadam
  5. Tahniah untuk anak kakcik. Kerja2 mencari dana memang bukan mudah. Kena ada kenalan tertentu juga untuk bawa kita kepada orang tertentu. Dulu saya terlibat dalam buat bunting, kerja2 mengecat untuk pesta konvo.

    BalasPadam
  6. Tahniah buat Kakcik dan suami. Kerana pengorbanan ibubapalah, anak jadi cemerlang.

    Bukan mudah nak cari dana kecuali memang kita ada contact yang boleh menolong. Semoga segalanya dipermudahkan. Insyaallah, sampai masa nanti cukuplah dana yang diperlukan.

    BalasPadam
  7. Tahniah.
    Mudah2an jadi anak yang cemerlang.
    Kesian budak2 U sekarang,
    kerajaan banyak cut budget IPTA.

    BalasPadam
  8. Tahniah untuk anak kakcik..semoga dipermudahkan juga urusan mengumpul dana.

    BalasPadam
  9. Tahniah KC...seronoknya lahai bila anak dpt anugerah dekan.
    Betullah sangat tu KY, sebagai ibu apa yg mampu kita buat adalah berdoa. Mmg bukan senang nak mengumpul dana KC. Terpaksalah tebalkan muka ek...

    BalasPadam
  10. Alhamdulilah mmg berbakat tu
    Semuga dioermudahkan urusannya amin

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah dan tahniah untuk Kakcik sekeluarga. Benarnya kata-kata "Bukan senang hendak jadi senang" tanpa usaha yang gigih. Doa Mak Long buat anaknda agar tetap berjaya dalam usahanya...aamin.

    BalasPadam
  12. tahniah buat kakcik sekeluarga. we do the best, Allah will do the rest.

    BalasPadam
  13. assalamualaikum kakcik...alhamdullilah kak...semoga anak akak akan terus berjaya dunia akhirat...:)
    ** Mama Maszull

    BalasPadam
  14. Alhamdulillah tahniah kak cik..anak yang myejukkan hati ibu..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.