Kawan-kawan kakcik

Selasa, 11 April 2017

Majlis perkahwinan anak lelaki blogger Makchaq....

Sabtu (8/4/2017), aku, suami dan anak bujang kami (jarang sangat anak-anak hendak mengikut kami pergi kenduri) menghadiri majlis perkahwinan anak lelaki blogger Makchaq.  Sewaktu kami sampai, telah ramai juga tetamu yang datang dan sedang menjamu selera. Tapi di kalangan kawan-kawan blogger, Makchaq kata aku yang pertama sampai.

Beberapa minit kemudian, barulah blooger Yan Journal tiba bersama suami dan anak bujangnya.   Tahniah Makchaq dan Suami kerana menerima menantu pertama.

Seperti biasa, aku kalau menghadiri kenduri selalunya tidak akan berlama-lama.  Sekadar memenuhi jemputan, bertemu tuan rumah, bersalaman dan balik.  Bukan sombong, tapi kita kena faham. Bukan hanya kita tetamu mereka.  Ramai lagi yang perlu mereka layan. Begitu juga dengan tempat duduk.  Selesai makan, tak perlulah tunggu sebab orang lain ramai lagi menanti giliran kecuali memang banyak lagi kerusi meja yang kosong.





11 ulasan:

  1. KC ni mmg sporting....rajin gi kenduri kawen anak rakan blogger. Yelah kan, nak berlama lamaan sambil berdiri pun lenguh jugak kaki, nak duduk kesian pulak orang ramai yg nak makan tu.

    Tahniah buat Makchaq sebab dapat menantu

    BalasPadam
  2. Betul la kak PC pun dengan suami gitu juga..kalau pergi majlis kenduri kahwin bila nampak orang ramai dah mula datang makan cepat2(nak selamat punya pasal amik nasi dgn lauk pun sikit je)..hihihihi..kesian nak bagi tetamu lain duduk pulak..jumpa tuan rumah sembang lebih kurang je..cuma kalau kat rumah sedara mara ha tu barulah lama sikit..

    BalasPadam
  3. alhamdulilah dapat jugak memenuhi undangan Makchaq..first time berjumpa di alam nyata..peramah makchaq..nekcik sampai Kakcik dengan Yan dah pun pulang..Tahniah Makchaq

    BalasPadam
  4. Betul tu kakcik..
    Kena fikir juga orang sekeliling..
    Saya pun macam tu...
    Kalau meja masih kosong boleh lah duduk lagi..
    Begitu juga tuan rumah..
    ramai tetamu yg hendak dilayannya ..

    Tahniah buat makchaq dapat menantu sulong..

    BalasPadam
  5. assalamualaikum kakcik...yer la mmg betul tu...ada kenduri mcm ni mmg susah nak berbual lama2 sbb tuan rumah ada lg tetamu yg lain juga...
    ** Mama Maszull

    BalasPadam
  6. mcm tu lah adaat jd tamu di majlis kenduri kawin ye kakcik...
    kecuali lah sedara mara kite, lepak lama skit kt umah takpe... sbb sedara mara... pandai2 bawa diri kalau di majlis org pyh lah pulak

    BalasPadam
  7. Kalau pergi majlis kahwin memanglah tak boleh berlama. Makan, jumpa mak pengantin, borak kejap, sudahlah. Kita pun kena faham tetamu yang dijemput ramai. Ada sesetengah orang, kita dok berdiri menunggu nak duduk pun depa buat tak tahu aje. Sibuk berborak lepas makan!

    Oh, Makchaq dah ada menantu rupa-rupanya!

    BalasPadam
  8. Terima kasih tak terhingga kakcik sudi hadir..

    BalasPadam
  9. Bab pergi kenduri memang jarang saya nak berlama-lama tapi masa kenduri Makchaq, agak lama saya di sana sebab ambil gambar atas permintaan Makchaq sendiri (Nanti saya share dalam blog), cuma masa kejadian saya tak bertanya pada Makchaq blogger mana yang hadir. Kalau saya tahu tentu saya cari Kakcik sebab dah lama juga tak jumpa Kakcik.

    BalasPadam
  10. makan kenduri sambil jumpa teman blogger

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.