Kawan-kawan kakcik

Khamis, 16 Mac 2017

Bila ikan kembung sekilo RM duapuluh...



...rakyat kebanyakan hanya mampu mengeluh
nelayan tetap tinggal di pondok yang hampir roboh
cuaca pula bukan sepanjang tahun tengkujuh
maka menteri akan beri alasan nilai ringgit kian jatuh!



16 ulasan:

  1. paling murah pun harga rm14.90 di mydin itu pun dah pecah perut kak, orang besar tak makan kembung, depa makan ikan kod dan salmon jer.

    BalasPadam
  2. Bila pergi belanja..tengok harga ikan..terkebil-kebil kak..hihi..

    BalasPadam
  3. Dulu masa dok tg.karang seringgit 30 ekor..sekarang boleh beli 2 ekor je

    BalasPadam
  4. Dulu2 kalau ke pasar bawak duit RM50 dapat penuh satu troli,
    sekarang dapat satu beg plastik kecik aje.

    BalasPadam
  5. tu belum lagi bg alasan sbb cuaca panas ikan kembung mahal ... alahai kak cik oi ...

    BalasPadam
  6. Baru2 ni terbaca komen2 rakan2 kepada kawan fb saya yg berpangkat dato;, semua org politik. Rumusan depa apa yang nak hingaq ( bising ) sangat pasal temenung/kembung sekilo RM20. Bila pi restoren boleh makan gulai ikan sekor berbelas ringgit sepinggan. Terkedu juga baca komen2 depa. Untuk sapa komen tu ditujukan...mesti kat rakyat bawahan ni...Kalau macam ni gaya otak depa berpikir memang lingkup la kalau depa jadi pemerintah. Tapi asal cakap mesti nak sebut kena dengar keluhan rakyat...

    BalasPadam
  7. Sabar yg menjadi pegangan iman kakcik..
    Semoga Allah merahmati kita..

    BalasPadam
  8. Kembong di pekan ampang masih dalam lingkungan 14-16....mahai la jugak tapi masih tak sampai RM20. Last weekend saya di KB. Pasar Siti Khadijah. Harga ayam sekilo hampir RM9 sedangkan di pekan ampang masih dalam rm8.50....

    BalasPadam
  9. assalamualaikum kakcik...betul tu skg ni harga ikan sekilo semakin melambung2 harganya...

    ** Mama Maszull

    BalasPadam
  10. Aduhhh KC..... siapa yang kita nak salahkan ni? Nampaknya kita kena belajar belajarlah makan nasi dengan ikan masin. Tapi Ikan masin jeruk tenggiri tu pun mahal tau KC.... Satu bekas kecik tu dah berbelas ringgit

    BalasPadam
  11. mahalnya kan, saya rasa kat kl ni baru rm9.50. baru je beli tadi

    BalasPadam
  12. SA beli ikan kembung 2 ekor je..x sampai 10 hengget mak..nak makan sorang je kan..hehehehe

    BalasPadam
  13. termenong tgk rega ikan..makan ayam aje la...

    BalasPadam
  14. aduhhh, mahalnya 😢 semua harga naik, gaji pula naik setahun sekali

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com