Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 27 Januari 2017

Makan rendang landak di Restoran Lembah Bernam...

Tarikh : 26/01/2017 (Khamis)
Pertama kali aku dan suami sampai ke sini.
Itu pun atas ehsan seorang kenalan yang membawa dan
membelanja kami makan di sini.
Restoran ini terletak di daerah Sekinchan, Selangor.

Habis sepiring ulam itu aku makan dengan nasi.
Sambalnya aku tak makan sebab aku tak tahan pedas
dan kebetulan pula lidahku luka...

Pertama kali juga aku makan ikan tapah.  Sedap.
Manis isinya.  Mujur juga sambalnya tidak begitu pedas...

Aku 'tak sempat' makan ikan baung ini.  Tak sempat bukan
bermaksud sudah habis, tapi aku memang 'tak pandai' makan
dengan lauk yang banyak.  Tak dapat menikmati rasa kalau
macam-macam lauk dicampur sekali...

Bagiku rendang landak ini kurang sedap.  Agak tawar dan
keras dagingnya.  Tapi aku baca pandangan orang lain, rata-rata
mengatakan daging landak di sini terbaik dan sedap.  Mungkin
lidahku kehilangan rasa...

Yang ini aku makan.  Sedap di lidah dan tekakku.
Alhamdulillah...

Anak kecil bertolak-tolak
berlari-lari di Pekan Selasa
rezeki itu jangan ditolak
orang memberi kita merasa




13 ulasan:

  1. Menu tu special betul, mcm t'nmpk2 je tempoyak di situ... nk tnye la ape rasa landak tu ye....'

    BalasPadam
  2. tudia kak... best nya tengok menu dia, tapi saya pun serupa kak, belum tentu boleh jamah semuanya kalau dah banyak2 sangat menu nya

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Kakcik.

    Istimewa hidangan tu. Mak Long berkenan terutama pucuk putat tu. Allah hu... Mak Long pun samalah juga, selera sudah semakin kurang.

    BalasPadam
  4. Memang..... separuh org mmg tak pandai nak makan lauk banyak mcm tu KC. Betul jugak ye KC, dah banyak sangat tu tak tau mana yg sedap kang.

    Ikan Tapah? Sama ke dengan Ikan Timah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak salah kakcik, ikan timah tu kecil. Adik beradik ikan laga 😊

      Padam
  5. Akak rasanya ada la 5 ke 6 kali datang mkn disini.tu pun semua ihsan kawan dan jiran lama masa akak dok tg.karang..asalkan ada kesana..kerestoren ini la kami dibawa untuk makan tengahari

    BalasPadam
  6. Amy mkn sini aritu gulai kari landak sedap

    BalasPadam
  7. tak pernah makan landak.. ingat nak cuba nnt.

    BalasPadam
  8. Bagaimana rasanya isi landak yer.. Minah Kiwi tak pernah pulak makan landak

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com