Kawan-kawan kakcik

Isnin, 30 Januari 2017

Barang di dapur kian susut...

...hendak ke pasaraya terasa takut
duit yang ada hanya seciput
silap beli leher terjerut
bukannya beli benda yang mengarut

satu persatu barang dibelek
tengok harga rasa tercekik
sejak bila harganya naik
naik pula beringgit-ringgit

rasa macam hendak bertanding di PRU nanti
manalah tahu boleh menang dan jadi menteri
takkanlah selama hendak jadi balaci
dapat imbuhan tidak berbaki...

8 ulasan:

  1. Kan mak..balik pasar termenung lagi sebab barang sikit dari harga duit

    BalasPadam
  2. Dari rumah list dah pendek..sampai kedai terpaksa di pendekkan lagi..sambil pilih barang..cari barang sambil berkira-kira..

    BalasPadam
  3. betul tu kak..bawak RM50 pergi kedai acheh depan rumah ni pun tinggal dah berapa je balik nya

    BalasPadam
  4. Sekarang beli bila habis dan perlu je kakcik tak macam dulu2 beli untuk sebulan

    BalasPadam
  5. Nak berjimat pun tak boleh sebab nak beli barang keperluan.duit macam air sekarang ni kakcik..

    BalasPadam
  6. tu lah kak.. sampai takut nak berbeli kekadang tuu.. maklum lah saya suri rumah.. cepat sangat luak duit dapur yg diberi.. huwaaaa

    BalasPadam
  7. Bila harga minyak naik lagi ni, mungkin banyak barangan lain yang turut naik harga.
    Kita kena bijak berbelanja dengan berhemah.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com