Gambar dari arkib Google |
Pagi semalam aku bersendirian menonton televisyen. Mataku melihat seorang wanita berpakaian dari kain lycra yang sendat dan mengikut bentuk tubuh. Aku teringat bahawa aku juga pernah ada sehelai jubah dari kain lycra dan aku hanya sempat pakai sekali sahaja (beberapa tahun lalu). Waktu itu aku keluar membeli belah dengan suami dan anak bujangku. Rupa-rupanya sewaktu aku membelek barang-barang yang hendak dibeli, anak bujangku pula asyik mengawasi seorang pekerja pasaraya itu yang katanya ralit memandang kepadaku. Menurut anakku, pekerja lelaki abangla itu 'tak jadi kerja' dan hampir sahaja anakku hendak menyergahnya.
Keluar dari pasaraya, anakku tak berhenti-henti membebel 'pakailah lagi baju tu, macam cantik sangat'. Kedengarannya macam biadab teguran seorang anak kepada ibunya, kan? Tapi, aku ambil yang positif. Ibu juga tidak selalunya betul dan anak tak semestinya salah. Yang betul kita kata betul, dan yang salah tetap salah...
Aku rasa jubah yang aku pakai itu cukup besar dan longgar. Tapi kain lycra adalah jenis yang 'berat dan jatuh' bila dipakai. Tambahan bila terkena angin atau suhu dingin, 'melekap' jadinya di badan. Memang buruk sangat rupanya - lainlah kalau badan kita macam papan sekeping...hehehe
Sekarang ramai wanita yang sewaktu gemuk berpakaian longgar tapi bila kurus berpakaian ketat. Teringat aku akan kata-kata seorang Ustaz : Sepatutnya kita hendak kurus supaya senang beribadat bukan senang hendak berpakaian sendat...
Anak kakcik lelaki dia tahu itu kita ni atas tanggungjawab dia juga
BalasPadamAnak yg baik akan menegur setiap kesalahan ini. Betul kakcik kena ambil teguran itu bukan aje dgn positif tapi lebih dgn bersyukur ada anak yg bertanggungjawab.
Salah kita ni boleh mengheret dia sama kakcik tu yg dia tegur.
teguran anak tu walaupun nampak kasar, tapi sebenarnya dia sayang... tapi agaknya masatu hati dia geram lagi kat bangla tu.. tu yang kasar je bunyi tu...hehe
BalasPadamhanya mampu berdoa utk mereka...
BalasPadamKalau yg longgar kurang sikit menyendatnya kan kakcik..
BalasPadamBila angin bertiup tu yg susah sikit nak cover..
Kena cari lycra yg tak melekap kat badan tu..
Geram dgn bangla tu lah sebenarnya anak kakcik tu..
kadang kadang kita tak perasan ttg kepelikan baju yg kita pakai. Lagi satu kakcik,kalau pakai kain dalam yang tebal mungkin dapat sikit..)
BalasPadamTak apa kak...yang dah lepas biarkan..yang mendatang insyaAllah kita sama2 perbaiki...PC setuju sangat part last tu kak..niat nak kurus untuk sihat,mudah beribadah bukan sebaliknya..kalau boleh jangan la saiz xs..m pun alhamdulillah..
BalasPadamMmg tak suka kain lycra. Ada juga dulu pakai pergi kedai. La ni pakai kat rumah sudah.
BalasPadamHehe ayat dah kurus pakai ketat tu memang ramai je camtu..masa gemuk elok je jaga aurat ek.
Anak yang baik tu kak cik..anak akak pun sama..cuma acik ni pakai jubah masa di mekah madinah je..disini belum lagi acik pernah pakai untuk keluar rumah.kalau kain lycra memang tak de.
BalasPadambagus anak kakcik, jaga kehormatan ibunya. alhamdulillah. tapi tu la, kena hati2 dengan fesyen sekarang. kalau tak jenis kain yg senang melekap & menampakkan susuk tubuh, ada jgak yang menyerupai rahib. hati2 ya. peringatan untuk saya jgak ni kakcik.
BalasPadamkena jaga-jaga bab pakaian ni kakcik...risau juga.
BalasPadamKak, saya memang tak pakai kalau baju/kain/jubah buat drp lycra. Memang blh nampak seketul2...huhu tapi nowadays memang byk jual kain lycra.
BalasPadamWow, menusuk jiwa betul ayat akhir tu kak chik
BalasPadam.
Boleh masuk dalam lirik lagu altimet
.
Amboi amboi amboi
.
Kurus patut mudah ibadat, bukan pakai sendat
.
Kata tutup aurat, tapi telanjang bulat
.
😆
Pakaian yg boleh terus solat...senang..
BalasPadamTerima kasih peringatan ini akak. Betul tu kadang ada yang pakai nampak elok. Tapi melekat-lekat.
BalasPadamSalam Kakcik,
BalasPadamMuaahahahhaha.... tak mau komen apa2, tapi dapat bayangkan camna rupanya... hahaha... adios...
assalamualaikum kakcik...betul tu kakcik kekadang mmg terjumpa yg begini...kita yg terasa malunya...:)
BalasPadamuii..yang sasa dengan lemak-lemak macam angah ni memang sangat perlu menjauhi kain jenis lycra ni..tak gamak nak menengoknya
BalasPadamaduhai kakchik, kalau badan macam papan sekeping pun tak cantik tau pakai sendat2 gitu! hihihi...pakaian longgar juga yang nampak ayu dan sopan, kan?
BalasPadamsaya pun tak suka jenis kain lycra tu sebab dia suka melekat.
Saya dah lama tak pakai jubah jenis kain lycra tu kakcik. Melekat rasanya bila lama2 dok dalam aircond kat tempat kerja ni.
BalasPadamKak ada sehelai...dah jual kat orang. Bila pakai rasa tak sedap hati...
BalasPadamSaya pun tak suka pakai baju jenis Lycra KC. Kang terserlah sangatlah badan ku yg sado haha....
BalasPadamLelaki ni sama aje, nampak benda lain sikit tak kerlip dipandangnya