...ketepikanlah pangkat dan gelaran
hiduplah dalam kesepakatan
walau mungkin berlainan pegangan dan aliran
jangan ia dijadikan alasan
untuk menyindir kerana tidak sehaluan
hidup berjiran
memang boleh menjadi permasalahan
bila ada yang berpaksi pada keegoan
kerana kenderaan yang berlebih-lebihan
halaman orang tidak dipedulikan
ditegur bimbang terjadi perkelahian
tidak ditegur hati menjerit kegeraman
hidup berjiran
bila bertemu berceritalah yang baik-baik sahaja
aib orang jangan dibuka
memang sedap mulut mengata
tokok tambah memanjangkan cerita
namun langit sentiasa terbuka
andai terkena ke muka sendiri apa pula akan di rasa
hidup berjiran
bagus jika bertegur sapa
tapi jika ada yang diam seribu bahasa
jangan ditohmah sesedap rasa
kita tidak tahu masalah mereka
pasti ada sesuatu yang tidak kena
hidup berjiran
jangan suka meneka-neka
lebih baik bertanya secara bersemuka
kalau ada yang menyesak di dada
jangan tanya pada yang tiada kena mengena
takut jadi fitnah yang tidak terampun dosa...
😊😊😊
jiran memang memainkan peranan penting dalam hidup kita. :)
BalasPadamBerjiran macam tu la kakcik kan..jiran akak kiri kanan berlainan bangsa.tapi kalau letak kereta sampai depan rumah akan ada yang tukang perati..nmpk kita nak keluar buka pagar cepat2 tanya dan bg tau tuan punya kereta supaya alihkan kereta tuan runah nak keluar
BalasPadamjiran pun penting dalam hidup kan mak
BalasPadamBetul,,betul..betul..jiran ni umpama saudara mara dan adik beradik ketika kita berjauhan daripada ibu bapa,adik beradik kandung dan saudara sedarah..
BalasPadamAda jiran merangkap kawan saya yang selalu menganggap dia tidak mengata orang tapi
BalasPadamkepalanya sangat kuat menyimpan memori sesiapa yang sok sek sok sek depan dia...bila ada selisih faham sikit habis satu taman dia pi meracun orang...terkejut juga saya melihatnya. Walaupun tidak terkena pada kita tapi ianya cukup membuat kita merasa tidak aman ada orang yang begini.Memutuskan siratulrahim sesama jiran walaupun dia cuma bergaduh dengan seorang. Habis yang lain dia harung sekali.
Beruntung kalau mempunyai jiran yang baik dan saling memahami.
BalasPadamjiran saya sebelah menyebelah cina, depantak lama lagi india. kami selalu bertegur hai hai je..
BalasPadamAdat la hidup berjiran,ada yg faham ada yg tidak.bersabar lah dengan karenah jiran.alhamdulillah...saya mempunyai jiran yg saling hormat menghormati..
BalasPadambila susah, jiranlah yg terdekat untuk kita minta tolong :D jadi, hubungan dengan jiran mestilah dipupuk dengan baik.. walaupun kadang2 ade jugak jiran yang tak reti tolerate
BalasPadampada ana kan kakcik, berjiran ni berpada-pada kan..baik sangat pun jangan kan :)
BalasPadamjiran kalau dapat yang baik2, saling membantu alhamdulillah sangat kan kak. :)
BalasPadamjiran ... betui tu kak cik ... hidup kena berjiran .. mana tau kita sombong ngan jiran waktu kematian kita sape nk menolong ahli keluarga kita kan
BalasPadamBanyak asam garam hidup berjiran. Jiran yang baik, akan sentiasa disukai tetanga.
BalasPadamMmg beruntunglah kalau dapat jiran yg baik. Sebab selain family, jiranlah antara yg terawal akan sampai kalau kita ditimpa musibah ke apa.
BalasPadam