Kawan-kawan kakcik

Isnin, 28 Februari 2011

Macam-macam...

... bukan MATCHAM-MATCHAM dan bukan juga MACAM MACAM ADA.  Cuma macam-macam rasa...

Buka blog pagi ini - blog sendiri dan blog kawan-kawan, banyak gambar yang tidak kelihatan.  Nampak x warna merah dan kotak kosong - sama ada putih atau hitam.  Nak muat naik gambar baru pun nampaknya akan keluar x itu juga. Kenapa ya?  Malas nak fikir!

Kepala sakit berdenyut dan badan terasa sangat panas.  Terpaksa guna kipas kalau tiada pendingin hawa.  Terfikir nak ambil cuti kecemasan hari ini, tapi nanti-nanti nak guna cuti lagi.

Majlis malam minggu telah berjalan dengan lancar.  Terima kasih kepada Acu Sayang, Azieazah, gadis Bunga dan Sya (Sayang Ibu) serta jiran-jiran juga para jemaah Masjid Nurul Hidayah, Kg. Pandan - tak lupa saudara mara dan tetamu lain yang sudi menghadirkan diri.  Harapnya tidak serik untuk datang lagi terutama kepada Sya yang terpaksa berpusing-pusing sebelum menemui pondok kakcik.

Kepada AzeedA, didoakan agar segera pulih dari demam denggi.  Minum air banyak-banyak, ya dik.  Orang kata, sup ketam mujarab sebagai ubat denggi.  Kakcik pun tak pasti kebenarannya sebab tidak pernah mencuba.  Cuba tanya dengan Dr. Singa dan Dr. DZ.

nota hati :

...ramainya orang beratur di Pejabat Pos untuk membayar saman, naik lenguh kakiku semata-mata untuk mendapatkan setem bernilai 80 sen...

...bila ilham enggan menjelma, niat untuk menutup blog pun datang semula...


Nampak x juga???

72 ulasan:

  1. السلم عليكم ورحمة الله

    Saya pun begitu kakcik. Bila perasaan 'down', sering juga berfikir tak nak lagi terlibat dengan blog.

    Namun, bila sudah kembali baik hasrat itu akan hilang sendirinya

    BalasPadam
  2. agaknya semua orang pun rasa cam gitu kut. sama gak ngan saya, kekadang rasa nak tutup jer blog nie. bosan pun ada, menyampah pun ada. tetapi sehari tak bukak, rindu pun ader.

    BalasPadam
  3. Wa'alaikummussalam Ustaz...

    bila tak buka blog, rasa rindu pula...

    BalasPadam
  4. eelobor...

    itulah namanya benci tapi rindu. :)

    BalasPadam
  5. PM...

    sakit orang tua. Sekadar ujian yang kecil dariNya. :)

    BalasPadam
  6. kakcik...kt pej pos tu, nk beli setem pn kena beratur yer? Biasa setem boleh beli x yah ambik no kan?

    BalasPadam
  7. selamat pagi kakcik...
    byk2 berehat ye...

    saye tak ade kene saman...selamat sket poket...dah makin nipis bile byr saman bertambah2 nipis jdnye...

    BalasPadam
  8. k.cik mana boleh tutup blog nanti ramai yang rindu-rinduan...

    BalasPadam
  9. kanda kakcik seroja..maaf ya tak dapat hadirkan diri semlm.. takde sapa nak jaga kanak2 la kak..

    BalasPadam
  10. Nanie...

    pejabat pos kat tempat kakcik ni kecik je. Tak ada sistem nombor pun. :(

    BalasPadam
  11. Ainnoraini...

    selamat pagi. Kakcik ada saman 3 ekor (kakcik semak online) tapi kakcik malas nak bayar sebab kesalahan itu bukan kakcik yang lakukan (ada MEREKA kisah???). Lesen memandu pun rasanya tak akan kakcik perbaharui kerana kakcik tak pernah memandu!

    BalasPadam
  12. JunAina...

    wakawakaeheh... ada ke yang nak rindu2an???

    BalasPadam
  13. Dinda Kaseh...

    tak mengapa, kakcik tak kecil hati. Semua orang ada urusan yang perlu dibuat mengikut keutamaan. InsyaAllah kita jumpa lain kali, ya? :)

    BalasPadam
  14. kakcik - jangan le tutp blog - iols suker baca blog kakcik - tak selalu komen...

    maaf ye... iols tak dapat menghadiri majlis kakcik - berliburan kekdahnya! ;P

    BalasPadam
  15. bujal x...

    sekarang makcik di ofis (pc di rumah makcik tak tutup pagi tadi...hehehe - eh! ada kaitan ke?)

    BalasPadam
  16. miloais...

    tak mengapa tak dapat hadir, yang penting milo dan keluarga gembira sentiasa. :)

    BalasPadam
  17. Assalam kakcik..
    Betul kakcik.. ramai betul orang kena saman kan.. tertanya2 juga betul ke tidak nie. Barangkali betul kot. Jalan dah bagus.. tak rasa laju, bila dah mula tekan minyak. Lebih-lebih lagi di Lebuh raya...

    Walau apa pun, bagi mereka yang kena samann nampaknya terpaksalah bayar dan terpaksalah tanggunh untuk perkara lain..

    BalasPadam
  18. Sup ketam tu tidak termaktub dalam ilmu merawat denggi yg saya belajar..hehehe...tapi saya rasa effectnya ada, sebab mmg ramai patients saya yg cepat sembuhnya..so, cubalah...no harm trying..lagipun ianya makanan..sedap pulak tu kan, ketam :)

    BalasPadam
  19. Maaf ye kakcik sebab tak dapat tunggu lama...

    BalasPadam
  20. akak...
    jgnla katup blog...huhuhu
    nnt saya sedih

    BalasPadam
  21. Mohamad...

    salam kembali. Saman tu - kalau betul, tak mengapalah. Dah salah, kenalah terima akibatnya, kan? Tapi, kalau teraniaya - alangkah malangnya.

    BalasPadam
  22. saya pun on d way dalam penutupan....

    BalasPadam
  23. Dr DZ...

    terima kasih kerana memberi respon. Ketam memang sedap dimakan, tapi bagi kakcik ianya lebih enak dimakan begitu sahaja. Leceh kalau makan dengan nasi. :)

    Kalau ada penyakit gatal2 - kenapa tak boleh makan ketam, ya?

    BalasPadam
  24. Acu...

    tak mengapa. Yang penting, Acu tetap datang dan sempat makan. :)

    BalasPadam
  25. Mimi...

    belum nak tutup lagi. Cuma bila tak ada ilham nak dicoretkan, itu yang membuatkan rasa nak tutup je... :)

    BalasPadam
  26. Q...

    wehwehweh... pehal lak nak tutup??? Janganlaaaaaa...... :(

    BalasPadam
  27. kak cik xsihat eh?
    kak cik berehat deh..rehatkan dan kosongkan minda jap...tok sah fikir byk2..fikirkan tentang deruan ombak dan siulan angin sepoi2 bahasa...bygkan di pulau tioman skrg..hehe

    kak cik nk ttup blog ka?..
    jgnlah ttup..jika kering idea..biar dulu..ada idea..tulis lagi..jgn ditutup..

    BalasPadam
  28. SN...

    kakcik belum pernah sampai ke Pulau Tioman, macamana kakcik nak membayangkannya... hehehe...

    Jap - kakcik nak bayangkan Pulau Kapas. Alamak! ternampak anak ular yang menegakkan kepalanya di hadapan kakcik la pulak.... :)

    BalasPadam
  29. kakacik bila ada peluang upload gambar makan-makan tu buat N3 lagi. Kakak nak juga tengok...

    Usah tutup blog yg ada walau idea tak ada......

    BalasPadam
  30. jangan tutup .. berehat dahulu. saya pun mungkin akan merehatkan operasi buat sementara waktu .. tapi tak mahu tutup. pengalaman lalu mengajarnya ..!

    BalasPadam
  31. Kakzakie...

    sebenarnya tak banyak gambar yang dirakam... lebih seronok bersembang dan buat2 sibuk je... :)

    BalasPadam
  32. Kanda AL...

    mungkin elok juga saya bawa berehat, kan? Tengoklah macam mana nanti. :)

    BalasPadam
  33. kak cik tak sihat lagi ke , aduh jangan close blog kak cik nanti kami semua rindu dengan kak cik...

    BalasPadam
  34. biasanya kalau pc ofis kekadang bahagian ict saje block user dari view sesetengah format gambar~~cuba makcik check dengan bahagian ict~~

    BalasPadam
  35. Amy...

    kalau kakcik tutup pun..kakcik akan tetap jengah blog kawan2. Membaca blog telah menjadi satu ketagihan buat kakcik. :)

    BalasPadam
  36. bujal x...

    makcik dah tahu - makcik kena klik kat bar kuning sebelas atas blog ini (display block content) untuk melihat sesetengah gambar...

    BalasPadam
  37. assalamualaikum,

    xpe kakcik...ikutkanje mood tu.

    BalasPadam
  38. Wa'alaikummussalam Myri...

    memang kena ikut mood ni. Kalau tidak stress jadinya. :)

    BalasPadam
  39. Salam Kakcik, bawak rehat dahulu bila2 sambung semula.

    BalasPadam
  40. AAP...

    salam kembali. Berblog juga satu cara kakcik merehatkan minda. :)

    BalasPadam
  41. salam kakchik....

    moga kakchik dah sihat semula...sy suka baca coretan kakchik jdi x perlu nk fikirkan utk tutup blog ini...

    BalasPadam
  42. wati...

    cuma rasa nak tutup je... bukan nak tutup betul2... perasaan itu datang bila tiada ilham nak dicoretkan. Terima kasih kerana selalu singgah membaca blog kakcik. :)

    BalasPadam
  43. blog pun ada ketikanya kena asema... macam kakcik jugakkk....
    :)
    :)
    .
    .
    ,
    sup ketam .. pada saya.. adalah mitos semata !!
    :)

    BalasPadam
  44. Pn Dr...

    bila kena asema - tersemput2lah en ilham nak keluar, kan??? ;-)

    sup ketam kalau makan dengan sambal belacan, ngam tak? :)

    BalasPadam
  45. Zeq...

    mujur kakcik duduk terceruk - orang tak nampak reaksi wajah kakcik waktu membaca... :)

    BalasPadam
  46. hmm tak pernah pula berlaku mcm tu, tak nampak gambar. Kenapa ye?

    hari akhir bayar saman, mmg ramai lah ye kakcik.

    Jangan le tutup blog kakcik, menyepi sekejap takpe, tapi biar je blog ni, mana tahu nnti idea dtg semula.

    Kak cik meggi kat entri bawah tu buat saya terliur..huhu

    BalasPadam
  47. salam kak cik..bestnya kak cik jumpa kawan2 maya ye??baca nota kak cik..jangan ada rasa camtu kak cik..blog kak cik ni saya suka..lain dr yg lain..

    BalasPadam
  48. ~ yus ~

    tadi kakcik cuba semak saman di talian, tak dapat pula - web PDRM sedang mengalami kesesakan tahap melampaulah tu...

    Kakcik pun sebab terliur kat megi Chik Att, tu yang buat (syesyekali bolehla...) :)

    BalasPadam
  49. Angah...

    lenguh kaki sebab lama berdiri - tiada kerusi disediakan sebab pejabat pos tu kecil je...

    BalasPadam
  50. Suri...

    memang seronok berjumpa dengan kawan2 - tapi, kakcik ini tak banyak mulut sangat... :(

    Apalah yang lainnnya blog kakcik ni - cerita2 biasa je. Bagaimanapun, terima kasih kerana sudi singgah selalu di sini. :)

    BalasPadam
  51. Relax Kak Cik...relax..be coolllll jangan tutup.....rindu celoteh kak Cik....

    BalasPadam
  52. rehatkan minda kejap kak ..
    ieda dulu masa mula2 berkecimpung dlm BLOG .. ( ecehh ayat berkecimpung tuu .. x menahan )
    selalu fikir nak surender ngan blog tapi kawan2 maya nie x menahan .. banyak bagi sokongan sukeee .. tu yg ada semangat tuuu :)

    BalasPadam
  53. Cikgu Nurin...

    kalau ada yang baik untuk dikongsikan atau pun ada yang hendak kakcik 'repekkan' pasti kakcik akan mencoret juga... :)

    BalasPadam
  54. ieda...

    kena makan kitkat tak? hehehe...

    tengoklah - kalau ada idea, dalam sehari dua tiga catatan kakcik buat. Kalau tak ada, mungkin dua tiga hari baru ada satu catatan. :)

    BalasPadam
  55. Salam my lovely KakCikS:)

    Moga akak sihat2 di sana yaaa

    Cakap pasal blog..ermmm...
    terkdg terbiar sepi juga...
    bila ada aura...baru tergerak hati utk ber'kata2' di blog;)

    BalasPadam
  56. kakakku kakcik.. lama betul kakcik dlm keadaan yg kurang sihat ye..kalau lah saya boleh bantu... sabarlah..spt juga kata kakcik.. ujian dariNya.. saya sentiasa bercadang2 utk berhenti berblog tapi sayangkan kawan2 blog pulak..kalau saya berhenti, barangkali hubungannya turut terhenti..

    BalasPadam
  57. kakcik..singgah sini bertanya khabarmu

    alhamdullilah..syukur sbb majlis berjalan dg lancar..sebenarnya mmg nak tau sangat2 sbb kak azieazah dah pernah kluar statment ttg majlis tu..

    ayu pun rasa nak tutup blog..tapi,tarik diri bila fikir dah mesra benor kita dialam maya

    BalasPadam
  58. seronok ye kak chik dapat berjumpa kawan-kawan sambil berbual, itu pun aktiviti yang sihat, lelebih lagi kak chik tengah kurang sihat.

    BalasPadam
  59. Tinie adikku sayang...

    salam kembali. Kerana rasa sayang kepada kawan2, tak sanggup rasanya hendak menutup blog yang entah apa-apa ini. Setiap hari mesti hendak jengah juga....

    BalasPadam
  60. Adikku Samad...

    keadaan kesihatan kakcik memang sentiasa 'on - off'. Tak mengapalah, kalau kita sentiasa sihat, mungkin kita akan kufur nikmat - tak tahu hendak menghargainya. Bila sakit, kita tahu betapa nikmatnya sihat.

    Betul katamu dik, kalau ditutup blog, mungkin juga kita menutup pintu persahabatan yang telah terjalin. Sebenarnya, blog yang tidak ditutup ini pun, telah menghilangkan ramai kawan yang dulunya sering bertandang dan kini menghilang dalam diam.

    BalasPadam
  61. Ayu...

    kakcik sebenarnya tidak banyak mengambil gambar pada majlis tersebut. Nanti orang kata, tuan rumah sibuk ambil gambar - bukannya melayan tetamu! hehehe...

    Semoga persahabatan yang kita jalin melalui blog ini tidak akan terhenti begitu sahaja. :)

    BalasPadam
  62. Cik Ina...

    Alhamdulillah, bila bersembang dengan kawan2, terlupa tentang kesakitan. :)

    Syukur juga Allah SWT telah meminjam kakcik usia hingga hampir setengah abad setakat ini. :)

    BalasPadam
  63. Sama-sama kasih..


    hehehehe... mujur gak. Ntah cemana ler rupa dlm gambar tu.

    BalasPadam
  64. Azie...

    kakcik letak gambar yang terpilih je... yang lain tu 'for my eyes only' ... :)

    BalasPadam
  65. Salam Kakcik, kalau tak sihat dan tak daya, rehat jer. Kabor kat kami, kami faham. Rehatkan blog ni...nanti datang balik. Akak doakan Kakcik sembuh segera.

    BalasPadam
  66. Yong Helli...

    salam kembali. Bila dah jadi ketagihan, macam tak boleh je kalau sehari tak jenguk blog ni... ;-)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com