Kawan-kawan kakcik

Rabu, 4 Januari 2017

2017... sekejap sahaja sudah 4hb...

...dan aku masih belum ada ilham untuk bercerita.  Tidak juga tiada ilham, sebenarnya aku perlu 'menapis-napis' untuk bercerita secara terbuka.  Walaupun pembaca blog ini tidak seramai mana, tapi aku pasti bahawa ia mempunyai 'pembaca setia'.  Pembaca yang mengintai-intai untuk menjadi penyampai cerita dan berita. Tambahan kalau cerita dan berita itu enak untuk dijaja tanpa rasa berdosa...

Ah... kau berprasangka itu Kakcik!  Kau ingat kau sangat terkenal?  Kau fikir kau siapa?  Jangan menulis kalau tidak mahu orang baca.  Atau kau 'peribadikan' sahaja blog kau ini. Kau tulis sendiri, kau baca sendiri.  Jadikan ia diari yang kemas-kemas kau kunci...

Sudah dua hari sekolah di Kuala Lumpur / Selangor dibuka semula. Hanya sibongsu sahaja masih di bangku sekolah.  Untuk tahun ini, aku dan ayahnya belum membelikan walau sehelai seragam baru buatnya. Dari baju, seluar, stokin hingga kasut, semuanya digunakan yang tahun lepas punya.  Masih elok, jadi tak perlu membazir.  Dia juga tidak banyak karenah. Pakai yang mana ada. Di pertengahan tahun nanti, mungkin kita beli seragam baru seperti tahun lepas...

Ini gambar awal tahun 2016.  Waktu ini dia
pakai baju tahun 2015.  Situasi sama juga
untuk tahun ini.  Cuma untuk tahun 2017 ini,
dia pakai seragam 2016.  Terima kasih Adik.

Melayari akhbar atas talian pada pagi ini, aku terjumpa berita di HARIAN METRO ini.  Melihat gambar pun sudah cukup untuk menyentuh hati...

Kaki si adik di Tahun 1 dan kaki si abang di Tingkatan 5 pada hari pertama sekolah dibuka.
(klik pautan Harian Metro untuk kisahnya)

...maka nikmat Allah yang mana lagi hendak aku nafi?  Biar tidak semewah menteri, sekurang-kurangnya anakku lebih bernasib baik dari anak-anak di dalam gambar ini.

Dalam doaku yang tidak pernah berhenti, aku sangat berharap agar anak-anak menjadi lebih mengerti dan mensyukuri apa yang kita miliki.  Janganlah berangan-angan terlalu tinggi hendak itu hendak ini sedangkan ibubapa kalian sebenarnya tidak mampu lagi untuk memberi...

12 ulasan:

  1. betul kak..sangat beruntung ibu bapa yang anak-anaknya sangat memahami..faham kepayahan ibu bapanya..faham untuk bersabar dan mengambil waktu untuk mencukupkan kekurangan..alhamdulillah..

    BalasPadam
  2. Betul Kakcik tersentuh hati kita bila dipaparkan scenario macam itu.
    Kita juga berharap anak-cucu-cicit kita tak merasai susah seperti itu
    Sekarang kita ada tapi akan datang tak tahu cucu-cicit dan generasi akan dtg kalau semua benda harga asyik naik-naik-naik..

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum,
    ambo dulu pong pakai je mana yang ada. kasut lobang-lobang keluar bulu2 benangpun ok aje asalkan puteh bersih warnanya

    BalasPadam
  4. bila tengok orang yang lebih susah terbit rasa keinsafan dalam diri ini :)

    BalasPadam
  5. Bersyukurlah dengan rezeki yang dianugerahkan kepada kita.
    Dalam rezeki kita itu ada sedikit hak orang lain untuk disedekahkan.

    BalasPadam
  6. ky dulu pun susah..baju sepasang di pakai hingga seminggu.tapi mak terapkan nilai2 jaga kebersihan. baju tetap putih melepak walau bertampal..
    semuga di mudahkan segalanya dan ramai yg akan menghulur bantuan..

    BalasPadam
  7. tahun lepas a anak darjah 2 saya tak beli baju baru, guna yg darjah 1 punya. tahun 3 ni baru beli baru. habis banyak jgaklah sbb 2 tahun tak membeli

    BalasPadam
  8. alahai sedih pulak bc part last tu ....

    BalasPadam
  9. kadang kita rasa kita ni susah, padahal ramai lagi orang susah dari kita...nikmat Tuhanmu yang mana lagi kau mahu dustakan?

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com