...2017 hari ke 5 hari ini
yang hidup teruskan aktiviti
yang meninggal terus dikebumi
itupun andai jasad ditemui
mungkin ada yang pergi
tanpa tanda dapat diziarahi
apa yang membezakan semalam dan hari ini?
ah...semuanya sama walau perit kian dirasai
apa khabar nilai ringgit?
dengarnya makin susut nilai hari ke hari
bagaimana dengan harga barang keperluan?
kerana nilai ringgit turun,
harga barang jadi melambung
kau mahu atau tidak?
mahu, sila beli
tak mahu, sila pergi
ramai yang masih mampu memiliki
walau hakikatnya terpaksa mengeluarkan syiling besi
walau hakikatnya terpaksa mengeluarkan syiling besi
menelan, bagai tidak tertelan
hendak diluah, rezeki tidak melimpah ruah
Pemimpin adakah peduli?
jangan soalkan keprihatinan mereka
perlbagai bantuan untuk rakyat sudah tersedia
teringat akan kata-kata seorang menteri
'jangan gusar dengan GST,
adanya GST harga barang akan ikut turun sekali'
tengoklah apa yang terjadi
rakyat hanya mampu bersungut sendiri-sendiri
selebihnya kepala dan tubuh diinjak sesuka hati
berapa ramai ibubapa mengeluh
keperluan persekolahan bukan setakat puluh-puluh
memang buku teks diberi pinjam
bagaimana pula dengan pakaian seragam?
yuran sekolah memang tiada
yuran PIBG kena dibayar juga
belanja sekolah tak cukup seringgit dua
hendak bawa bekal, di rumah apa pun tiada
singgah sini
BalasPadamSalam Kak Cik,
BalasPadamLama tak singgah sini......
susahnya hidup zaman sekarang
BalasPadamtapi tetaplah dipandang tinggi negara2 jiran
sampai bertambah ramai bangsa luar datang bertandang
bertandang yang takkan 'pulang'
Lagi sadis sekarang ni harga minyak naik tak buat pengumuman pun kakcik
BalasPadamTahu-tahu aje dan naik lagi.. walhal negara luar tak ada pun.
banyak sangat beza tahun sekarang dengan dulu2. patutnya makin maju makin mudah la kan. apa pun, kalau kita fikir dari sudut positif, positif la kita akan nampak. (cuba berpikir positif setiap hari) :)
BalasPadamMerenung luar jendela merenung nasib diri,,suara kecil tidak didengari..tidak juga dipeduli..moga Allah sentiasa memayungi insan kerdil menangis sendiri..
BalasPadamapa yg mampu dilakukan insan kerdil seperti kita..
BalasPadamkak yuran PIBG paksa bayar tau ..RM50.00 sekolah anak saya tp aktiviti thn lepas xde pun entah ape yg dibuatnye tak tahu la
BalasPadamallahurabbi..tebayang keperitan hidup di bait-bait kata ni
BalasPadamSusah hati usah cerita..
BalasPadamNak redhakan diri tak boleh juga..
Anak-anak merengek meminta..
Tak beri terasa sedih pula..
barang makin mahal.. nak nangis kalau pergi pasaraya beli kelengkapan rumah. amek yang wajib jer tapi modal beratus ringgit tu pasti terbang
BalasPadamAssalamualaikum Kakcik,
BalasPadamBegitu keluhan ramai rakyat Malaysia ku. Begitu meruntun hati mendengarkan saban hari walau Mak Long jauh di sini. Aduhai ahli pemerintah dan politik di sana dengarkanlah rintihan bangsa kamu