Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 31 Disember 2016

Suatu hari di kolam renang...

Tempat  : Kolam Renang Kuala Lumpur, Bandar Tasik Permaisuri
Bayaran Masuk : RM3.00 dewasa, RM1.00 kanak-kanak

Bahagian 'Kolam Renang' hanya boleh digunakan untuk bermandi-manda sekiranya anda berpakaian renang yang sebenarnya (bukan berseluar longgar dan berkemeja T)

Sebaliknya, di kolam kanak-kanak, pakaian adalah bebas. Malangnya ada orang dewasa yang tidak berpakaian renang menyalahgunakan kolam kanak-kanak ini untuk bermandi-manda, berendam dan berenang sesuka hati sampai tak mahu keluar. Kesian budak-budak.  Kot ya pun hendak menemankan anak-anak, berpada-padalah.  Tapi nampaknya tiada pun yang begitu kisahkan anak-anak, sibuk melayan diri sendiri bergelak ketawa.

Lagi sedih melihatkan lelaki dewasa yang sepertinya ada masalah sakit kulit, selamba sahaja bercampur gaul dalam air yang terhad keluasan kolamnya itu bersama anak-anak.  Tolonglah jangan fikirkan kepentingan diri sendiri.  Kasihan pada anak-anak yang ingin bergembira mengikut cara mereka...





9 ulasan:

  1. Budak2 paling seronok kalau mandi di kolam renang ni.

    BalasPadam
  2. Public pool selalu macam ni. Salam perkenalan ye :) -- RosIbrahim.com

    BalasPadam
  3. masa anak saya kecil, selalunya saya bawa mandi di sungai samada ditaman hutan simpan, sungai dikampung Tapah atau paling tidak mandi di laut.

    tak reti nak bawa mandi kat swimming pool.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Kakcik,

    Baru dapat meluangkan masa untuk melawat blog sahabat. Kakcik dan keluarga apa kabar? Muga sejahtera dan sihat semua.

    Berenang adalah satu dari kegemaran Mak Long. Berkubang dalam sungai pun gemar.
    Selamat menyambut Tahun Baru 2017.

    BalasPadam
  5. PC suka tengok anak-anak kecil mandi kolam..comel je berenang-renang..

    BalasPadam
  6. Bila jumpa kolam renang yg dewasa dah jadi budak Kakcik
    Tak sedar lagi dah ada sakit kulit ke apa.

    Itulah risikonya pada anak-anak pulak - kesian juga bebudak.

    BalasPadam
  7. assalamualaikum kakcik...budak2 kecik ni kalau dah jumpa kolam renang mmg seronok la mereka...:)

    BalasPadam
  8. Kesedaran sivic orng kita memang kurang kakchik. Susah nk diubah. Kalau tegor kang kata kita memandai2 pulak..sabar ajelah..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com