Tarikh : 21/12/2016
Cuti hujung tahun kali ini, aku dan suami tiada rancangan membawa anak-anak ke mana-mana seperti tahun-tahun lalu juga. Kami bukan orang yang berkemampuan untuk merancang sesuatu percutian yang mungkin menelan belanja yang bukan sedikit.
Atas permintaan anak ketigaku, suami mengambil cuti dan kami bergerak menuju ke Utara. Bukan jauh manapun, hanya menuju ke kampung kelahiranku di Karai (orang lebih senang menyebut kawasan ini sebagai Kawasan Kuala Kangsar, sedangkan Karai terletak di Daerah Sungai Siput).
Kami bergerak pada malam 20/12/2016. Tiba di rumah adik iparku di Ipoh lebihkurang jam 11.30 malam. Bermalam di rumahnya sebelum meneruskan perjalan pada pagi 21/12/2016.
Sebelum ke Kuala Kangsar, kami singgah untuk bersarapan pagi di Restoran Mee Rebus Ramli, Tasek, Ipoh
Inilah kami |
Set nasi lemak yang nampak macam set nasi ayam... |
Kuey teow sup... |
Roti canai planta... |
Makan dan minum macam-macam (tak semua gambar makanan aku rakamkan), tak sampai RM30.00 pun dibelanjakan. Alhamdulillah. Perut kenyang, hati senang.
Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Karai melalui jalan lama. Sekiranya melalui lebuhraya, kami akan keluar di Kuala Kangsar. Melalui jalan lama, kami terus masuk ke Enggor (sebelum sampai Kuala Kangsar) dan terus ke pekan kecil Karai.
Khabarnya sekarang pekan Karai sudah terkenal di kalangan pelancong asing termasuk dari China dan Jepun kerana terdapatnya Jambatan Victoria. Selain itu, jambatan ini juga pernah dirakamkan di dalam filem termasuk filem Zombi Kg. Pisang.
Kalau orang asing pun sanggup datang, takkanlah kita yang berasal dari sini tak teruja pula, kan? Jadi, jomlah kita bergambar lagi walaupun sudah berkali-kali bergambar di sini...
Tengoklah anak-anak makcik di belakang tu, walaupun gayat hendak juga beraksi. Mujurlah sudah tiada keretapi yang lalu di jambatan ini... |
Si abang sedang memberi arahan kepada si adik... |
eh...mak memang tak boleh kalah... |
Nampak tak Sg. Perak di belakang itu? Suatu ketika dulu, di aliran sungai itu tempat aku belajar berenang dan mengapungkan badan. Waktu itu airnya jernih dan sesekali dilanda banjir besar... |
...apa agaknya yang di bawa keretapi ni, ya?... |
...bersambung...
murahnya kakcik /... kalau balik kg kite mmg seronok mkn2 tak semahal di kl
BalasPadamcantik pemandangan kt jambatan tuh kakcik, nostalgia betul nengoknya
errr...kenapa nasi lemak tu ada sup? mmg betul dah macam nasi ayam...huhu...
BalasPadamsaya teringin nak explore kuala kangsar tu mak...saya baru balik lumut dan taiping, dua2 tempat tu pun best..ingat lepas ni bila2 nak ajak hubby jelajah kuala kangsar pulak...
Bestnya jalan2. Bolehlah ronda minggu depan.
BalasPadamHari tu masa pergi tengok anak sulung, laki saya sebok nak ke Kuala Kangsar KC....Entah apa yg nak ditengoknya pun tak taulah. Nasiblah jem masa tu terus cancel rancangan hihi...
BalasPadamBolehlah nanti bila bila nak gak selpie kat Jambatan Victoria mcm KC ni.
Gambar pompuan atas tu adik KC ye
Walau pun kampung halaman sendiri kak..sebenarnya tak ada rasa jemukan sebab tempat kita membesar...
BalasPadamKarai maknanya pedas dalam bahasa Jepun...
BalasPadamoh femes jambatan tu, rmi juga tgk org berposing kt situ
BalasPadam