Kawan-kawan kakcik

Rabu, 21 Disember 2016

Anak bongsuku...

...bagi yang mengikuti blog ini sejak beberapa tahun lalu, pasti ingat wajah anak bongsuku ini yang bulat dan montel.  Tapi sekarang dia sudah lebih tinggi dari diriku dan ayahnya malah lebih tinggi juga dari abang-abangnya...

Gambar-gambar berikut dirakam pada hari ini (21/12/2016) di Pekan Karai, pekan kecil di mana aku membesar...





Setakat ini, anakku ini bukanlah seorang yang cemerlang dalam pelajaran, tapi sebagai ibu yang mengandung, melahir dan membesarkannya, doaku buat dia dan abang-abangnya tidak pernah putus mengiringi....

6 ulasan:

  1. Ibu bapa tidak pernah melepaskan tali doa itu biar pun anak-anaknya sudah bergelar ibu dan ayah..

    BalasPadam
  2. Makin hensem dah. Lama dah ikut blog kakcik tengok perkembangan adik bongsu ni.

    BalasPadam
  3. bila anak2 besar, dah lebih besar daripada mak pulak

    BalasPadam
  4. Tingginya adik!
    Kakcik yg pada kami ni dah tinggi pun paras bahu adik aje:)
    Montelnya pun dah hilang - dah remajalah kakcik tahu nak cantik dah dia..

    BalasPadam
  5. Sekejap je anak anak membesar. Anak bongsu ni manja dengan mak ayahnya.

    BalasPadam
  6. Bila dah tinggi gitu rasa selamat bila berada disampingnya ye KC walaupun masih muda umurnya.
    Nama pun ibu KC.... walau apa pun mereka kita sebagai ibu tetap mendoakan yg terbaik buat mereka

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com