Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 23 Disember 2016

Jalan-jalan Di Daerah Kelahiran (Bahagian 2)...

Selepas puas bergambar di Jambatan Victoria, kami teruskan perjalanan masuk ke Kampung Loh (kampung asalku)...

...terus menuju ke pusara bonda
(pada 16/12/2016, genap 9 tahun bonda kembali ke Rahmatullah)


...kemudian singgah sekejap ke rumah yang disewakan
(yang penting rumah ini berjaga dan tidak mereput menyembah bumi)


...suburnya pokok-pokok tumbuh di sekeliling rumah


...dalam perjalanan keluar semula ke Pekan Karai, singgah sebentar di sini. Sekolah pertamaku.  Di sinilah aku menuntut ilmu dari Darjah (sekarang disebut Tahun) 1 hingga
Darjah 6 (1968 hingga 1973...haaaa...yang membaca ni, ada yang belum lahir, kan?)


Di samping bangunan baru, dua blok bangunan asal ini masih
dikekalkan.  Satu blok bangunan setingkat dan satu blok bangunan
dua tingkat.  Banyak kenanganku di sini - antaranya bergaduh
dengan rakan sekelas sampai naik atas meja dan bertarik rambut!
Pernah juga secara tidak sengaja aku terpecah cermin almari buku.
Tapi dalam takut terketar-ketar, aku berjumpa terus dengan Guru
Besar (semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh
Allahyarham Cikgu Sharif) menceritakan tentang cermin yang
pecah itu.  Kerana 'kejujuran'ku, Guru Besar langsung tidak marah
malah memuji 'keberanian'ku berterus-terang ketika beliau
terserempak dengan bapaku...


Singgah semula di Pekan Karai, kami berhenti lagi kerana
anak-anak ingin bergambar (anak-anak saja ke?  Mak pun sama
naik sebenarnya...hehehe).  Kebun betik ini menarik perhatianku...


...nampak tak?  Betik pun tahu malu dan mahu diselimutkan!


Cantik pula bangunan usang yang telah dibersihkan ini...


...maka jomlah kita berswafoto tanpa pedulikan pandangan orang!


Ada yang tidak tahu apakah benda ini?
Ini namanya 'getah buku' atau getah beku atau getah sekerap.
Kedai getah ini aku rasa lebih tua usianya dari umurku sendiri...

'Kundas' - mungkin asing bagi 'orang luar'.  Tapi bagi orang Karai,
ia adalah sejenis makanan ringan yang jadi sebuatan dan sangat
diidam-idamkan terutama bagi anak kampung yang sesekali
pulang seperti aku...


...dulu-dulu bapaku selalu belikan untuk kami adik beradik dan
aku tak ingat berapa harganya pada waktu itu. (Sebenarnya aku
tak pernah ambil tahu.  Hanya tahu makan). Sekarang harganya
RM1.00 seketul.  Kundas ini dimakan dengan kuah kacang.


Ketulan-ketulan ais untuk dimesin...


...menjadi ais kacang atau Air Batu Campur.
Sebekas ini berharga RM3.00 - jenuh nak menghabiskannya.
Rasanya cukup lemak manis dan bahan campurannya juga banyak





...bersambung (sebab banyak sangat gambar)...

12 ulasan:

  1. kak chik, yg tutup muka tu gadis bunga ka?
    saya ingatkan kak chik asal dr kedah

    BalasPadam
  2. Betik berselimut BN! hihi...
    Tengok getah beku/sekerap kakak ingat zaman kanak-kanak kakak juga tau Kakcik.

    BalasPadam
  3. Betik BN punya, orang PAS n DAP tak boleh makan hehehe.

    BalasPadam
  4. Bestnya balik kampung kakcik..
    Banyak kenangan masa kecil dan bersekolah..

    Kakcik sekolah saya belum lahir lagi hihihi..

    Kelakar pula dibalut dgn lambang BN betik tu kakcik..'
    tentu tuannya penyokong kuat BN..

    Al fatihah utk arwah mak kakcik..
    dah 9 tahun berlalu ye..

    Getah buku.. saya pun panggil tu jugak kakcik..
    Selalu tolong arwah mak pungut di kebun getah sebelum mak memulakan menoreh..

    BalasPadam
  5. Oh kakchik balik kampung ya...kuih kundas tu mmg special lah kat KK ni, kan kakchik. Saya pun pernah buat entri pasal kundas, tak semua org luar tahu kundas, malah namanya pun tak pernah dengar!

    BalasPadam
  6. mengimbau kenangan ya kak..alhamdulillah...fuhhh sedapnya ABC tu kak :)

    BalasPadam
  7. ye la kakcik, beberapa tahun lepas kakcik sekolah rendah baru saya dilahirkan :D

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com