ada orang seronok mendengar sengketa
boleh dikunyah bagai memakan gula-gula
dengan mulut penuh ke sana ke sini bercerita
seronok dapat menjaja-jaja kisah belum nyata
yang mendengar kadangkala ikut teruja
menokok tambah sesedap rasa
tidak teringat dosa pahala
sempatkah bermaafan sebelum kembali ke sana
kita semua jauh dari sempurna
setiap orang ada kisah tersendirinya
sama-sama kita renung diri seadanya
salah silap jangan dibiar bermaharajalela
(gambar dari carian google) Ingatan untuk diriku yang sentiasa lupa mengumpat itu bagai memakan daging saudara di dunia ini memang tidak terasa balasannya di sana takkan tertanggung dek kita |
(Aku dan adik-adikku) walaupun orangtua kami sudah tiada dan tak mungkin mereka akan kembali pula darah daging kami tetap sama cubit paha kanan, paha kiri tetap terasa |
Kadang-kadang kita terlupa pahitnya hempedu kerana terpikat dengan manisnya madu... :D
BalasPadamBila seronok menjaja cerita..seronok jadi perhatian, maka upa pula dosa dan risikonya... Manusia sering melupakan...
BalasPadamCerita pendek jadi berjela
BalasPadamManusia akhir zaman.
BalasPadamMudah2an bukan kita.
Gembira dah berhenti kerja takyah dengar orang asyik mencela.
BalasPadamKakcik apakhabar? Sihat ka?
BalasPadamSesekali berkumpul adik beradik mmg best!
BalasPadamMasa seronok menjaja cerita,manakan ingat dosa pahala, Kakcik...
BalasPadamBestnya dapat berkumpul bersama adik beradik. Bukan sesuatu yang mudah nak dilakukan bila kita dah berkeluarga.