Gambar dan aritikel dari : SINAR HARIAN
BAKTWANG - INDIA . Seorang lelaki di India, mengejutkan ramai pihak apabila memiliki 39 orang isteri, iaitu sesuatu yang luar biasa bagi masyarakat biasa.
Lelaki yang dikenali sebagai Ziona Chana itu, membina sebuah rumah besar yang memiliki 100 bilik untuk isterinya, 94 anak dan 33 cucu.
Memetik laporan Elitereaders, para isterinya akan ditempatkan diruang khas, sementara anak-anaknya yang sudah berkeluarga akan tinggal di bilik yang terpisah, sesuai dengan perubahan status mereka yang sudah memiliki keluarga sendiri.
"Saya memiliki begitu banyak orang yang peduli dan ingin menjaga saya. Saya menganggap diri saya sebagai seorang yang beruntung," kata Ziona.
"Pasti kamu akan tertanya-tanya bagaimana kami mempertahankan keluarga dengan jumlah besar tersebut, kan?
"Sebenarnya kami memiliki sumber daya sendiri dan kadang-kadang menerima sumbangan daripada pelbagai pihak," katanya lagi.
Keluarga ini memerlukan 30 ekor ayam dan sekitar 99 kilogram beras untuk dijamu kepada semua orang yang ada di rumah tersebut.
Kehidupan seharian keluarga ini tidak berbeza dengan keluarga-keluarga lain, di mana para isteri biasanya akan saling tolong-menolong untuk memasak.
Sementara anak-anaknya bertanggungjawab membersihkan rumah dan mencuci pakaian, manakala anak-anak yang sihat tubuh badannya akan ditugaskan untuk bertani dan mengurus ternakan.
mesti meriah kan depa
BalasPadamtiap2 hari mcm ada kenduri kawin kt umah dia... sbb hari2 meriah
BalasPadamBiar benar ni, Kakcik! Tak tahulah saya nak tersenyum baca berita ni atau urut dada. Ramai betul ahli keluarga. Bukan setakat nama anak-anak, nama isteri-isteri yang 39 orang tu dia ingat semua ke tidak? Ingat ke yang mana satu isteri pertama dan isteri ke 27 contohnya... Hehehe!
BalasPadamdah macam cikgu kawin anak murid satu kelas..ada tak yang tak berjumpa hari2 sebab ramai betul ni.
BalasPadamMacam uruskan budak sekolah berasrama la agaknya kan... Ada management team, ada workers, ada student...heh eh e
BalasPadamNasib baik bukan kat msia klau x ramai yg ikut
BalasPadamAssalamualaikum Kak Cik, komen sekali lagi, rasa semalam macam ada komen tp macam hilang pula ya... semoga kakcik sihat2 selalu.. =)
BalasPadamsalam kakcik..aduhai..terkejut gak membacanya..terus garu kepala ...hehe
BalasPadamgilo kang tertukar bini dgn anka kang!
BalasPadamPening kepala ni nak balik Raya!
BalasPadambiar betul..
BalasPadamindahnya islam..dibolehkan sampai 4 je.
klo tak jenoh nk mengingat nama dan rupa bini..jgn anak di sangka emak udah..haru di buatnya..