Kawan-kawan kakcik

Khamis, 26 Mei 2016

Makan apa tu?...

...kepada yang berpuasa,selamat berpuasa ya.  Dahulukan yang wajib tau.  Ganti puasa yang tetinggal dahulu.  Kalau dah habis ganti, bolehlah berpuasa sunat.  Ada yang kata, boleh sahaja puasa wajib (ganti) disekalikan dengan puasa sunat.  Makcik bukan ahli agama atau alim ulama, jadi makcik tak berani hendak membincangkannya.  Tanyalah pada yang lebih arif...

Sebenarnya semangat untuk kemaskini blog yang mula hilang semakin lenyap dah rasanya bila tengok kemaskini yang makcik buat, macam 'hilang' atau 'tenggelam'.  Yang 'muncul' atau 'timbul' adalah catatan yang sebelumnya... :(

Saja-saja tayang semula gambar hidangan yang macik dan kawan-kawan makan
di Beijing tahun lepas. Untuk tahun ini makcik pendam sahaja keinginan
untuk 'terbang' lagi.  Banyak keperluan lain yang perlu didahulukan.
Gajah berak besar, takkan kita pun nak berak besar juga, kan?


11 ulasan:

  1. Oh, yang perenggan atas sekali tu kiranya draf lamalah ya, Kakcik ^_^

    Takpalah gambar lama sekali pun, janji blog berupdate. Boleh juga buat ingatan untuk diri kita sendiri bila sesekali belek entri dalam blog.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semua yang tercatat di atas tu kakcik taip untuk terbitan hari ini.
      Kakcik rasa yang nampak catatan ini adalah mereka yang terus masuk ke blog kakcik (mereka klik Kakcik Seroja) tanpa melalui tajuk yang keluar di senarai blog di sisi blog yang menyenaraikan nama blog kakcik (hah...dah berbelit-belit penerangan)...

      Padam
  2. tak apa kak..mood sangat sukar dijangka kak :)

    BalasPadam
  3. Saya pun kakcik mood kelaut je. Time rajin tu ada la seentri. Nal membolehkan tls seentri tu mkn ms berminggu. Haha...

    BalasPadam
  4. Macam-macam ada hidanganya. Selamat menjamu selera.

    BalasPadam
  5. KAK CIK ... ENTRY TAK KELAUR KAT DASHBOARD KE ....
    SY SELALU KENA .... HARI UPDATE TAK KELUAR ... HMMMM PASTU SET SCHEDULE KADANG KELUAR KADANG TAK ... TAK LAMA PASTU ELOK PASTU JD BALK GITU LA SELALUNYE

    BalasPadam
  6. tahun ni ibu_suri tak perlu ganti puasa sebaliknya saya pulak kena ganti 1 hari..hik!

    BalasPadam
  7. Dah nak tengahari ni.... boleh jadi idea nak masak apa tu....
    Sapa pun suka berjalan KC tp duit membataskan, itu sayalah yg tak berapa nak banyak duit ni hihi....

    BalasPadam
  8. betul tu kakcik mood ni kadangkala tenggelam timbul
    kaknoor pun sbb di UK banyakkkkkk masa tiada keluarga nak di jaga
    hanya memasak tuk anak2 je tak banyak songeh cincai pun ok
    hanya blog je melepas rindu pada kenkawan

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com