...tak buat apa, sekadar menemani suami
pergi pun hanya sehari
tak banyak barang boleh dibeli
lagipun wang dibawa sikit sekali...
tugasnya hanya sebentar cuma jadi tak perlulah berlama-lama sekadar meluangkan masa bersama-sama merasai pengalaman menaiki ETS buat kali pertama |
hanya ke sini tempat dituju membeli cokelat yang dipesan anakku bakulnya penuh tak sampai sesuku harga dah mahal tak semurah dahulu |
dari hotel berjalan kaki terlihat pula pemandangan ini 'cantik pula' terdetik di hati maka kurakamkan gambarnya di sini |
kami menginap di hotel ini rasanya bagiku cukuplah sekali hendak tahu kenapa googlelah sendiri tulis yang bukan-bukan nanti dituduh busuk hati |
tengok lampu ini teringat zaman kecilku menghadap bapa sambil berteleku suka melihat bagaimana bapa menyalakan lampu dipam hingga menggelembung 'mentol' yang satu |
sekadar ingin berkongsi maklumat jika anda hendak berurusan cepat di hujung jari tiket boleh didapat tapi pastikan segala maklumat adalah tepat |
dah mahal kak barang-barang kat Langkawi,
BalasPadamcoklat pun sama naik harga..tapi nak buat buah tangan beli lah jugak.
oo dah mahal ek kakcik, sayangnya la kan semua benda mahal sekarang ni
BalasPadamOh... kakcik temankan abg meeting
BalasPadamBest juga walau sehari dating
bahagia itu yang penting
Semua benda pun dah mahal, termasuklah coklat dari Langkawi ya, Kakcik. Takpalah setakat pergi sekejap aje, janji bersama suami. Seronoklah juga dapat meluang masa bersama :)
BalasPadampernah duduk kat baron resort juga baron hotel pun penah ... boleh la .. tp harga agak mahal .... bilik tak berapa besh ....
BalasPadamSaya pun teringat abg ipar pam lampu gas tu KC.... mcm seronok pulak dulu dulu tengok orang nyalakan lampu tu. Sebab budak budak kot ye KC....rasa pelik sangat.
BalasPadam