Kawan-kawan kakcik

Rabu, 24 Februari 2016

Kucing di Pusat Perlindungan Kucing Putrajaya terbiar?...

...jika benar, alangkah kejamnya...

Aku pernah menghantar seekor anak kucing ke sini sepertimana catatanku yang INI.  Sedihnya memikirkan entah apa akhirnya nasib anak kucing itu walaupun aku bukanlah seorang pencinta haiwan tapi aku juga punya perasaan...

Aku salin balik dengan ejaan sepenuhnya:
22.02.2016 .. saya pergi melawat tempat perlindungan kucing...
kat Putrajaya... tapi apa yang saya nampak ini bukan tempat
perlindungan kucing tapi ini NERAKA BAGI KUCING. Ya
Allah, kesiannya tengok.  Menitis-nitis airmata sepanjang ada
kat sana... dah banyak kali kes ini tapi tak ada siapa yang
ambil tindakan... seolah pekakkan telinga butakan mata saja
pandang kucing-kucing itu semua... semua dah macam tinggal
rangka saja... pekerja situ tak payah cakap la... dah macam apa
lagi perangai... jawab pertanyaan endah tak endah... minta siapa
yang tahu macamana nak report kes ini tolonglah report segera...
kesianlah kucing-kucing semua... konon kat situ tampal
bukan main tak menyiksalah apa... tapi kucing-kucing kat
situ semua tinggal rangka... mata anak-anak kucing semua
sakit.. tak ada seekor mata yang elok... tak percaya apa
saya cakap anda pergi tengok sendiri... menitis ke tidak
airmata yang tengok semua kucing kat sana... precint 9
Putrajaya... dekat-dekat area petronas... search map
ada alamat dia (aku tambah setelah baca komen -
di map, tempat itu sudah diletak permanently close)

Ada gambar anak kucing dan kucing yang sakit serta kurus kering tapi aku tak letakkan di sini...

Artikel dari laman Umno Putrajaya bertarikh 25 Januari 2014
Semoga Tengku Adnan dapat menjenguk-jenguk tempat ini di celah kesibukan beliau.

17 ulasan:

  1. kesian tgk kucing yg sakit mata tu..dapat dirasakan keperitannya..

    BalasPadam
  2. report datuk denan la ... supaya datuk turun padang ...
    call pejabat datuk kat KWP maklumkan ... tak pun buat surat layang kat kwp supaya diorg turun siasat

    BalasPadam
  3. laaaa.. ada ke tempat penjagaan kucing kat putrajaya? Dkna duk sini pun tak tau..heheheee..

    BalasPadam
  4. Kesiannya...terbiar tak terurus...kurus kering kucing tu...Pihak berwajib sila lah ambil perhatian...

    BalasPadam
  5. Allahurobbi... kejamnya. Harap-harap Tengku Adnan kenalah tengok balik tempat yg dirasmikan baru setahun lebih aje pun.

    BalasPadam
  6. sedih nyer mak :( kucing kan binatang kesayangan Rasulullah SAW

    BalasPadam
  7. sedihnya kak.kesian kucing2 tu.bukan tempat penjagaan tp tempat penganiayaan tu.

    BalasPadam
  8. Kalau dah tak ada kudrat utk jaga kucing2 tu, tak payah jagalah. Banyak lagi tempat penjagaan kucing yang sanggup jaga dengan penuh prihatin. Amanah Tuhan jangan dipermain nanti payah berjawab di dunia satu lagi...

    BalasPadam
  9. kalau tak blh jaga jgn la bt janji mula2 tuh... ken menyeksa...
    berdosa bsr seksa binatang lg2 kucing yg jd binatang kesayangan RAsulullah...

    BalasPadam
  10. Oh, ingat lagi Kakcik pernah buat entri dan saya adalah terbaca. Dah terbiar ke tempat ni sekarang? Kalau macam tu lebih baiklah tutup daripada menyeksakan kucing-kucing tu semua.

    BalasPadam
  11. Minyak jatuh. Bajet kurang. Mujur tak jadi sate kucing terus. Selisih iblis 666. Lol

    BalasPadam
  12. sedihnya tgk haiwan sakit.masa arnab adik sakit dulu kita nangis

    BalasPadam
  13. Binatang tak boleh nak bercakap atau mengadu.. Allah jualah sebaik-baik pembalas..

    BalasPadam
  14. assalamualaikum kakcik...bagusnya ada tempat mcm ni kn...:)

    akak kena tag yer...
    http://maszull.blogspot.my/2016/03/5-thing-i-hate-most.html

    BalasPadam
  15. Kurang dana kot. Baik lepaskan jer kucing tu biar dia cari makan sendiri dpd menyiksa cengitu.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.