Kawan-kawan kakcik

Selasa, 19 Januari 2016

Makan di Restoran Hadramawt Kitchen, Shah Alam...

Gambar dari : SINI 

Dari minggu lepas (termasuk Sabtu dan Ahad), aku dan suami berulangalik ke Shah Alam (pejabat suami memang terletak di Shah Alam, tapi selepas kerja pun di sebelah petang / malam, berulang lagi ke sana demi seorang anak).  Bila tidak melibatkan waktu kerja, sudah semestinyalah aku akan ikut sama.  

Beberapa malam kami melepak berjam-jam dalam kereta kerana aktiviti 'wajib' yang anak kami sertai sering berubah masa.  Semalam (18/01/2015), latihan Zumba yang Bangcik sertai berakhir hampir jam 1.00 pagi.  Sebagai mak dan ayah, tanggungjawab kami menjaga kebajikan dan keselamatan anak-anak selagi terdaya.  Sama ada mereka menghargainya atau tidak, pandai-pandailah mereka mempertimbangkannya.

Eh...macam lari dari tajuk sahaja isi catatan ini, kan?  

Sebenarnya, selepas menghantar Bangcik ke MSU dan selepas menunaikan solat Maghrib semalam, suamiku mengajak makan di Restoran Hadramawt Kitchen. Mendengar namanya sahaja, aku rasa macam menempah maut di tengah-tengah bulan ini.  Pasti makanannya mahal seperti kebanyakan restoran Arab yang aku tahu.  Biasanya aku akan mencongak duit yang aku ada (duit suami pun aku yang uruskan atas kemahuannya).  Aku hanya akan memesan makanan yang aku rasa paling murah dan sesuai dengan selera serta air minuman (kesukaanku teh O ais limau).

Jom tengok apa yang kami pesan dan makan...

En Suami sengaja meletakkan gelas itu
di hadapannya untuk menunjukkan
ketinggian gelas.

Chicken Kebab (RM16.00), aku punya.  Sedappppp

Hummus.  Datang dengan set 2 keping roti pita yang nipis,
tapi aku tersilap ambil gambar dengan kuah pula...

Sambal dan kuah untuk nasi...

...Lamb Mandy kesukaan En Suami.
Jumlah keseluruhan untuk hidangan di atas bersama air kosong dan teh O ais limau ialah RM53.00 (resit tak ambil pula sebagai bukti). Berbaloilah juga sebab kenyangnya sampai ke siang.

Selepas makan dan menunaikan solat Isyak, duduklah kami suami-isteri berjam-jam lagi dalam kereta kerana waktu latihan Bangcik bertambah dari jam ke jam sehingga ke jam 1.00 pagi (ikut jadual asal 7.30 petang hingga 10.30 malam).  Malam ini tak tahulah latihannya akan berakhir pukul berapa kerana pertandingan (antara fakulti) akan berlangsung esok - Rabu 20/01/2015...

Pemandangan di waktu menjelang Maghrib di Shah Alam :





22 ulasan:

  1. saya dan suami sebulan sekali mesti nak pekena nasi arab ni kakcik. adui..lotoh menunggu sampai 1 pagi tu

    BalasPadam
  2. Demi ank2 ibu bapa sanggup bersusah payah kan.

    Saya taktahu pun ada restoran tu di shah alam

    BalasPadam
  3. Rajinnya Kakcik suami isteri menunggu anak! Tapi nak buat macamanakan, dah namanya anak, kenalah berkorban apa sahaja. Dulu pun saya dan suami 'meluangkan' masa 2 jam setiap Sabtu dan Ahad kerana menghantar Bubbly Abang ke kelas tuition yang jauh dari rumah. Dia pergi tuition, kami pergi dating! Seronok juga sebenarnya ^_^

    BalasPadam
  4. saya memang dah lama teringin nak rasa hummus tu kakcik.tapi tak berkesempatan nak pi cari...

    BalasPadam
  5. Assalam Kakcik. Disebabkan saya selalu sorang ke sana ke mari, belumlah lagi dapat makan di restoran arab ni. Nak tunggu suami off... berjanggut. Mungkin satu hari akan saya gagahkan pergi makan sorang2 atau dengan boy.

    BalasPadam
  6. tgk nasi arab kak cik terus teringin nak mkn nasi arab jugak....hahaa

    BalasPadam
  7. Saya yg tinggal di Shah Alam ni pun tak masuk lagi Restoran Hadramawt ni kakcik..
    Takut mcm sangkaan kakcik tu..
    Maut nak membayar harga makanan kat situ..
    Rupanya berbaloi ye kakcik..
    Nanti nak cuba jugalah..

    BalasPadam
  8. demi anak2 mak ayah rela berkorban segalanya....

    kira murah jgk lh tu kakcik... sbb nasi nya banyak n berbaloi2....

    BalasPadam
  9. Eh murah jugakla
    Mean berbaloi la.
    Addhiafah paling mahal. Sape pernah p makan sana?

    BalasPadam
  10. sedapnya kak cik, berbaloi dengan harganya kan

    BalasPadam
  11. Hadramawt ni dah lama saya dgr tentang kelazatannya. Cuma belum berjodoh lg saya dgn dia. Tapi mmg berbaloi harganya tu. Makan kfc jer pun kenkadang dah lebih 50.

    BalasPadam
  12. sedapnya nampak....teringin nak cuba...entah bila nak ke shah alam huhu
    lokasi kedai ni di seksyen berapa?

    BalasPadam
  13. Biasa ke arah Shah Alam pun tak singgah2 lagi kat sini kakcik.. ;)

    BalasPadam
  14. untung ada ibubapa yang setia menunggu anaknya. teringat saat saya masih dibangku sekolah semuanya kena berdikari sendiri. semoga pengorbanan ini dihargai anak-anak

    BalasPadam
  15. saya kalau ke kedai arab mampu makan kebab jek sebab tak in sgt dgn nasi nas itu smeua..tekak tak nak terima..huhuu..

    BalasPadam
  16. anak saya pun terlibat dgn latihan tarian tu kakcik..

    BalasPadam
  17. nampak sedap-sedap kak cik, adoi lamanya duk dalam kereta tuu, yelah demi anak kan kak cik :)

    BalasPadam
  18. assalamualaikum kak cik...setakat ni ..belom pernah rasa lafi nasi mandi..

    BalasPadam
  19. Bang chik tak de lesen ke KC?
    Saya tak pernah lagi makan kat Hadramawt KC....selalu gi kedai Arab biasa je....Nanti nak try jugaklah

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.