Kawan-kawan kakcik

Rabu, 13 Januari 2016

Di suatu senja menjelang Maghrib...

Jalan-jalan ke Tanjung Keling
Ramai orang berpasang-pasangan
Biar gelap suasana keliling
Sinarmu tetap memukau pandangan
Ikan tenggiri dimasak cuka
Makan jangan tercekik tulang
Sinar megahmu hanya seketika
Perlahan-lahan kamu menghilang
Semut hitam merata-rata
Bagai dosa yang tak kelihatan
Melihat keindahan di hadapan mata
NikmatMu yang mana hendak kudustakan?
Berihsanlah kepada yatim piatu
Jangan mereka hina dipandang
Bila Maghrib di hadapan pintu
Segeralah cari jalan pulang

25 ulasan:

  1. assalamualaikum n selamat pagi kakcik. sedap di baca rangkap pantun kakacik itu..

    BalasPadam
  2. Tinggi-tinggi si Gunung Tahan
    tinggi lagi si Kinabalu
    indah cantik ciptaan Tuhan
    walau sudah dipandang selalu

    BalasPadam
  3. errr kat tanjung kling ke ni kak cik? ;-)

    BalasPadam
  4. bestnye pantun akak...banyak maksudnya..

    BalasPadam
  5. maksud yang mendalam... semoga berjumpa jalan pulang :D

    BalasPadam
  6. Subhanallah... keindahan pemandangn ciptaan Allah... bersyukur kita dpt menikmatinya...:)

    BalasPadam
  7. Kakcik kalau dah berpantun memang surrenderlah saya. Ni kena bawa masuk dalam senarai kalau nak meminang bunga di taman ni, Kakcik!

    BalasPadam
  8. Pantunnya boleh dibuat buku ni...

    BalasPadam
  9. indah kakcik... seindah pantun nukilan kakcik

    BalasPadam
  10. Duduk bergayut atas dahan
    Sambil makan buah rambutan
    Begitulah indahnya ciptaan Tuhan
    Tidak mampu kita pertikaikan

    BalasPadam
  11. Terbang si-rama-rama di balik dahan
    Indahnya panorama ciptaan Tuhan

    BalasPadam
  12. Malindo dah p Pakistan akhirnya :)

    Rm2500 biz class return guna maybank card

    BalasPadam
  13. pandainya kakcik buat pantun..
    cantik gambar..kakcik guna kamera apa?

    BalasPadam
  14. Betul tu KC.....magrib maghrib cenggini eloklah duk dlm rumah, lebih afdol...

    BalasPadam
  15. deep deep. sedap pantun kakcik. secantik gambar itu.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.