Kawan-kawan kakcik

Selasa, 12 Januari 2016

Berapa kali Mak nak pesan...

...ini adalah pesanan umum kepada diriku dan kepada sesiapa juga yang mahu menerima pesanan...


bila bangun dari tidur
selepas mengucapkan syukur
kemaslah tempat pembaringanmu
jangan kusut masai tinggalkan ia bagai berhantu

bila selepas makan
kemaskan segala piring dan pinggan
sudu garfu jangan tinggalkan
bawa ke sinki dan terus basuhkan
di rumah sendiri jangan berlagak tuan

bila bangun dari kerusi
tolakkan ia ke bawah meja
jangan biarkan begitu sahaja
walaupun di kedai makan
bukannya berat hendak dilakukan

kalau kegunaan sendiri pun susah hendak diuruskan
bagaimana kehidupan hendak diaturkan
jangan selamanya hanya tahu memberi arahan
hakikatnya dirimu banyak kelemahan
bila ditinggalkan bersendirian
akan terkapai-kapai kamu lemas di daratan

23 ulasan:

  1. KAK CIK KADANG TU BILA MALAS MENGUASAI DIRI JGN KATE KEMAS TMPT TIDO NK BGN DR TMPT TIDO PUN TAK MAU ...HEHEHE

    BalasPadam
  2. Yg itu kalau anak-anak kakak tak ada masalah kakcik
    TAPI... ada satu yg sakit mata kakak - bila angkat ampaian, hanger baju tak disusun balik. Baru semalam kakak ingatkan anak dara kakak yg sedang bercuti sekarang ni.

    BalasPadam
  3. jgn kata orang, anak sy hari2 perlu diingatkan perkara no 1 tu.. hari2 ulang benda yang sama.. perkara2 lain tu tak ada masalah.. Alhamdulillah

    BalasPadam
  4. betul tuh kakcik.... bila sudah di ajar asuh dari kecik insyallah dh besar tau menjaga diri, tau nk beradab

    BalasPadam
  5. pesanan mak adalah untuk kebaikan kita semua...

    BalasPadam
  6. hahahahahahaha...semuga menjadi panduan kepada yang muda dan tua juga!

    BalasPadam
  7. Kadang2 budak2 ni kita bersyarah sampai nak terkeluar gigi pun mereka masih buat2 tak paham. Hingga tiba ke satu peringkat kesedaran itu akan datang sendiri tanpa disuruh2 lagi.. Saya bercakap mengenai pengalaman membesar anak2 saya, mungkin lain orang lain pengalamannnya...

    BalasPadam
  8. Inilah pesan mama PC dari dulu sampai la sekarang dah jadi isteri...hihi...dan jawab PC..ya ma..in sha Allah ma...

    BalasPadam
  9. terima kasih ingat kan kak....

    :-(( yan memang terlebih rajin kemas tempat tdo...huhu

    BalasPadam
  10. assalamualaikum kakcik...betul apa yg dikatakan tu...selalu juga pesan kat anak2 buat tu semua...:)

    BalasPadam
  11. Pesanan yang bagus untuk di amalkan. Terima kasih kongsi ni akak.

    BalasPadam
  12. Saya suka semua di atas sebab itulah rutin yang saya buat.. di kedai makan apatah lagi.. sekurang2nya saya tak tinggalkan bersepah2 macam biasa yang kita jumpa, kita lihat.

    BalasPadam
  13. Tak kira lelaki perempuan.

    Tua atau muda.

    BalasPadam
  14. betul tu . kalau benda kita dah biasa buat, kat mana-mana pun tak rasa berat nak praktikkan.

    BalasPadam
  15. ye kakcik.teringat masa kecik2 dulu tidur kat ruang tamu , bangun2 je kena terus kemas tempat tidur.Anak saya sekarang lain pulak..bangun2 terus capai tuala, mandi , solat, lepas tu boleh berangan baring2 balik kat katil dia..nak kena hingaq satu rumah baru nak kemas tempat tidur dia.

    BalasPadam
  16. Assalamualaikum Kakcik,
    Mak Long membesar di asrama. Pagi2 mesti kemas katil. Latihan tu membawa sampai sekarang, betulah kata-kata alah bisa tekal biasa kan.

    BalasPadam
  17. betul tu kak cik! lagi satu, lps mandi tlg sidai tuala! jgn diperap smpi kepam! ;-)

    BalasPadam
  18. Perkara remeh semuanya tu, Kakcik tapi saya tak fahamlah masih ramai lagi yang tak mampu nak buat. Macamana nak menguruskan kehidupan yang lebih mencabar daripada itu semua?

    BalasPadam
  19. Semua ibu ibu pun mengharapkan anak anak buat yg KC pesan tu....
    Tp biasalah.....perkara senang yg kadangkala mereka selalu terlupa nak buat....

    BalasPadam
  20. ibu2 memang akan banyak pesan pada anak-anak. biasalah anak2 pula lupa saja

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.