Kawan-kawan kakcik

Isnin, 11 Januari 2016

Rendang Udang Dengan Kacang Buncis...

...mungkin lain orang lain caranya.  Ini adalah cara aku (seperti biasa, cara aku adalah cara sipemalas.  Semuanya main kisar, main campak)

Bahan-bahan dan cara-caranya :

Sekilo udang dibersihkan (aku buang kepala dan ekornya)

500gm kacang buncis, dibersihkan dan dipotong serong

20 tangkai cili kering - untuk dikisar

Bawang merah (aku guna bawang besar), serai dan halia - dikisar
bersama cili kering

Sesudu besar kerisik

1/2kg santan

Sehelai daun kunyit dihiris halus

Semua bahan dimasukkan ke dalam kuali kecuali daun kunyit.
Agak-agaklah nak kering atau berkuah, tapi kalau lama sangat
nanti isi udang jadi keras dan liat.  Bila sudah hampir siap baru
masukkan garam secukup rasa  dan daun kunyit.

Siapppp...

29 ulasan:

  1. enak kan rendang udang. kegemaran suami saya ni kak cik. cara masakan sahaja yang berbaza. saya guna cili padi. tapi manis udang tu memang enak apatah lagi bila direndangkan..... bolehlah saya try resepi kak cik pulak lepas ni.

    BalasPadam
  2. sedapnya kakchik.lama dah tak merendang ni

    BalasPadam
  3. kak sedapnyanya... tak pernah masak rendang udang cam ni... kene cuba ni...

    BalasPadam
  4. Kakcik, sy pun masak guna bawang besar, malas betul nak kupas bawang kecik, huhu

    BalasPadam
  5. haishhh kalau tau tadah pinggan kat depan umah mak!! sedap kot!~

    BalasPadam
  6. Sedapnya mak. Saya biasa buat rendang ayam jer. Dah lama tak merendang nih.

    BalasPadam
  7. Tak pernah buat lagi, boleh cuba la satu hari nanti, anak2 suka udang..

    BalasPadam
  8. tak penah lagi mkn ..nampak menarik nanti boleh try

    BalasPadam
  9. warghh...ni lauk faveret saya ni...mudah dibuat tapi sedap dimakan...orang dari negeri perak je yang biasa buat lauk mcm ni...

    BalasPadam
  10. Kakcik.. nasib baik saya dah makan.. kalau tak mesti lapo nengok lauk ni.. hahaha

    BalasPadam
  11. Nampak sedap. Takyah fikir nak goreng sayur ke apa. Tq mak bg idea. Nnt sy nk cuba merendang udang pula.

    BalasPadam
  12. Dah lama tak 'merendang' kakcik tapi tak pernah cuba buat resepi ni lagi.. ;)

    BalasPadam
  13. Alahai sedapnya rendang udang ni, Kakcik. Saya memang tak boleh tengok udang. Favorite ni tapi dah lama tak makan udang.

    BalasPadam
  14. Wahhh... kakak nak cuba cara inilah kakcik
    Semua bahan tengah ada tu kat rumah.

    BalasPadam
  15. wah sedap tu... campak2 pun menjadi jugak

    BalasPadam
  16. aduh... sedapnyer kakcik.... org dari minggu lps cari kerang tak jumpa2... nk buat rendang kerang

    BalasPadam
  17. Wah...kak...PC sakit hati ni.....tengok je udang tu kak...alahai....ermmmmm...dap...dap...dap...

    BalasPadam
  18. assalamualaikum kakcik...wah nampak sedap jer ni nanti boleh cuba..;)

    BalasPadam
  19. menu terbaik nih kak... bole cuba nnt...:)

    BalasPadam
  20. ehh... baru mkn mcm ni minggu lepas kawan masak.. sedap gak

    BalasPadam
  21. Hari tu dah tiru buat rendang ikan kayu
    Skrg nak try rendang udang pulak
    Tq kakcik
    Ada idea nak bawa lauk bekal pi dialysis

    BalasPadam
  22. nampak pun sedap dah kak cik.. :)

    BalasPadam
  23. Saya pun suka yg berkuah. Baru nikmat kan kak

    BalasPadam
  24. Tak pernah buat udang rendang KC....selalu kalau gandingan 2 tu saya goreng pecah telur jee. Menarik jugak tu, bolehlah buat nanti

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.