Kawan-kawan kakcik

Selasa, 29 Disember 2015

Syiling - siapa peduli dengan kehadirannya?...

berat ni...
...tapi nilainya mungkin tak seberapa.

Zaman aku masih anak-anak hingga belasan tahun dulu, jumpa wang syiling sekupang dua (sepuluh duapuluh sen) sudah rasa sangat besar nilainya.  Kalau duit itu 'berkarat', akan diletak atas tanah dan di'twist' menggunakan tumit hingga nampak bersih.

Dapat berbelanja lebih dari 20 sen di sekolah, kaya sangat rasanya.  Boleh berlagak dengan kawan-kawan.  

Sekarang?

Bersepah duit syiling atas lantai pun, anak-anak buat tak nampak.  Belanja sekolah setakat seringgit dua ringgit bagai sudah tidak relevan.  Apatah lagi kalau sekadar dua tigapuluh sen.

2016 akan muncul beberapa puluh jam sahaja lagi.  Sekolah akan mula dibuka. Perbelanjaan untuk anak-anak yang akan melangkah semula atau mula melangkah ke sekolah, bukan sedikit.  Jangan cerita suruh berbelanja secara berhemah, suruh beli yang paling murah kerana sehemah mana atau semurah mana pun, duit tidak datang terbang melayang.  Ada BR1M?  Hmmmm... (jawablah secara jujur diam-diam dalam hati sendiri)

Ibubapa, mulalah berfikir untuk buat lebih dari satu kerja!  Kerja maksudnya yang boleh mendatangkan wang.  Kerja yang ada gaji atau upah.  Dua kerja bermaksud mungkin satu kerja waktu siang sebagai kerani pejabat dan kerja kedua di waktu malam sebagai pengawal keselamatan (sekadar contoh).  Jika berani dan yakin, pilihanraya akan datang cuba-cubalah masuk bertanding, mana tahu boleh jadi PEMIMPIN!

15 ulasan:

  1. Aina ada sekotak besar kat opis nih kalau kat rumah memang lesap jelah anak2 mengulang aiskrim...

    BalasPadam
  2. Saya masih peduli dengan duit syiling mak. Klo jumpa memang kutip ☺

    BalasPadam
  3. Itu lah kan..... syiling dah mcm xde nilai....
    Saya dulu belanja sekolah 30 sen jer... hehehe

    BalasPadam
  4. Dulu, dapat syiling rasa dah mewah sangat. Sekarang duit syiling bukan tak nak pandang tapi... eemm..

    BalasPadam
  5. Assalam Kakcik.. mm
    emang betul, jumpa duit syiling karat, letak kat tumit.. twist.. haha

    BalasPadam
  6. Kakak kumpul syiling yg anak buat tak nampak tu kakcik.
    Buat dua kerja boleh kalau kudrat ada tapi boleh naik lunyai badan kakcik kalau kerja siang-malam - anak-anak entah apa jadi, alahai...

    BalasPadam
  7. Di rumah saya,saya jadi tukang kutip dan kumpul syiling.Kalau tidak damailah mereka dilantai tanpa dihirau..

    BalasPadam
  8. kak cik, jujur ana katakan, duit syiling sebeginilah pernah menjadi penyambung rezeki ana suatu masa dahulu, saat genting ana ke kedai menukarnya dengan wang kertas dan membeli barang dapur.sampai hari ni, ana tetap mengumpul duit syiling ni di dalam kotak .mana tahu satu hari nanti bakal menjadi penyambung rezeki sekali lagi.

    BalasPadam
  9. Salam kak cik..teman owg kuale..kalo kakcik blk kuale jgn lupa singgah mkn tghari di gerai opposite stesen ketapi kuale..lps traffic lite gerai2 tu sblh kanan..wallah..tempoyok, pecei..sedap bebeno..mmg selera bebeno Yong..plg sedap gerei no 3 dr Kiri..ahad tutup..

    BalasPadam
  10. kos sara hidup dah semakin memuncak kan kakcik, nampak kecik ja nilai syiling tu, tapi kat umah kami, kutip habis simpan satu balang, then bawak p bank simpan~ guna waktu masa-masa terdesak... syiling sangat bermaknaaaa (T___T)

    BalasPadam
  11. pada hemat saya , kerajaan sekarang masih tetap kekal. jadi, masuk parti kerajaan, peratusan menang adalah tinggi.

    tak perlu buat 2-3 kerja...

    BalasPadam
  12. sya simpan kakcik, suami pun... pastu kalau agak2 dh penuh tabung tuh baru tukar... selalu dpt lah dlm seratus ke 200 lbh... boleh lah kan, tp nk tunggu penuh tu mau 6 bulan ke setahun hehehhe....

    yelah zmn skrg nih semua mahal... even sekolah rendah kt kampung pun tak releven duit belanja rm50sen... ns lemak kantin mau udah seringgit sebungkus

    BalasPadam
  13. Tuh kdg2 bila tak perlu bersepah2 jek.. bila nak tak de langsung.. heheh..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.