Kawan-kawan kakcik

Rabu, 30 Disember 2015

Bercanda di Hutan Lipur Sg Tua, Hulu Yam...

En Suami hendak sangat bawa anak-anak mandi.  Puas dia memintaku meninjau mana-mana hotel yang bersesuaian kolam mandinya untuk mandi beramai-ramai.  Hendak mandi di air terjun katanya risau sekarang ini musim hujan dan takut kalau tiba-tiba datang 'kepala air'. Aku tidak begitu setuju dengan cadangannya itu sebab kalau menempah hotel pastinya perlukan ringgit yang nilainya beratus-ratus...

Aku pun tak pasti macamana akhirnya kami semua boleh bersetuju dan berkumpul dalam tempoh beberapa jam berbincang untuk mandi dan berkelah di Batang Kali (pelan asalnya - sebelum akhirnya dalam perjalanan, persetujuan dicapai untuk berhenti di Sg Tua sahaja).

Kami tiba pada jam 9.00 pagi.  Belum ramai pun orang yang kelihatan. Tetapi sebaik kami dapat tempat, tiba-tiba sahaja ramai pula pengunjung lain yang sampai.  Tiket masuk untuk seorang dewasa berharga RM1.00 dan kanak-kanak cuma RM0.50 sahaja.

Syukurlah tempat ini kelihatan berjaga. Ada pagar yang baru dipasang.  Sungainya juga bersih dengan air yang jernih serta ada binaan-binaan yang disediakan untuk pengunjung bersantai...

Papan tanda ini pun kelihatan sudah tua!
Jom layan gambar-gambar kemeriahan keluargaku dan adik-adikku bercanda dengan gembira walaupun aku sendiri malas hendak membasahkan pakaian di badan...



















Anggota keluarga yang paling muda setakat ini
(berusia 1 tahun) pun bukan main suka...

15 ulasan:

  1. Sungguh menarik jika dapat berkumpul ramai-ramai begini...

    BalasPadam
  2. ohhhhh, bestnya kakcik berkelah macam ni, dah lama tak buat gini semenjak anak2 besar & sibuk belaka ni

    BalasPadam
  3. Kalau airterjun macam ini tak bahaya Kakcik berbanding pantai dan airterjun yg tinggi. Tengok semua pun ceria bukan main termasuk yg kecik tu. Kalau cucu kakcik ikut pun suka juga dia:)

    BalasPadam
  4. dah lama tak mandi sungai sejak dok kecoh pasal kencing tikus ... takut jdnya

    BalasPadam
  5. bestnya kak cik... saya sekeluarga lama x mandi manda mcm ni....
    tgk jer dah terasa kesejukan airnya.... hahaa

    BalasPadam
  6. Kakcik nak pergi air terjun takuuuut. Ytakut krpala air...

    BalasPadam
  7. syok nya..selalu kalau nak mandi sungai kami suka pi batu kurau..sana ada chalet sekali..tido sana 1 malam biasa nya.esok terus balik..seronok rasa suasana kampung .

    BalasPadam
  8. Wahh seronoknyaa dpt mandi manda beramai2 gini.. meriah gitu..makan2 pun sedap..

    BalasPadam
  9. Seronoknya mengiratkan silaturahim keluarga. Lama dah tak berkelah macam itu. Paling seronok tu duduk ramai-ramai, basah-basah makan makanan yang dibawa...aduh sedapnya...

    BalasPadam
  10. landai je sungai dia ye kak... tak lah takut sangat kan..

    BalasPadam
  11. mandi makan, mandi makan, mandi makan... oh bestnya

    BalasPadam
  12. Masa lihat di Fb nak tanya juga dimana... Di Sg tua rupanya....
    Best pi ramai2...
    Kami selalu jika ramai2 suka pi Hulu Langat...
    Dekat pun dekat dgn rumah.

    BalasPadam
  13. Kakcik, Best dan seronoknya. Thanks sangat sebab share tempat ni. Anak memang suka main air. Harus ku usulkan kepada incik suami.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.