Keluar dari Karai, atas persepakatan bersama kami menuju ke Pekan Parit untuk menziarahi Pusara Bonda kepada adik iparku. Malangnya, pusara itu tidak dapat ditemui. Hanya doa dapat dikirimkan...
Pekan Parit yang sunyi. Mungkin sebab hari minggu. |
Jam besar yang tak berapa besar... |
Dataran apa tak pasti pula namanya... |
Menunaikan kewajipan di sini... |
Jambatan penghubung dua tebing... |
Hanya boleh dilalui oleh pejalan kaki dan kenderaan beroda dua... |
Selepas menunaikan kewajipan, perjalanan diteruskan menuju ke Teluk Intan untuk bertemu dengan ibu mertuaku buat seketika (maaf, gambar tidak diluluskan untuk siaran). Selepas beramah mesra bersama kami semua, beliau kami tinggalkan. Anggota rombongan hendak bergambar di mercu tanda Teluk Intan iaitu Menara Condong...
Sawah padi nan menghijau menjadi santapan mata... |
Seluas mata memandang... |
... di kiri dan kanan jalan. |
Rakam sahaja apa yang ada di hadapan mata. |
Menara kebanggaan Teluk Intan. |
Biarkan mereka menikmati apa yang mereka suka... |
Dari Teluk Intan, kami mengambil keputusan untuk pulang melalui Sabak Bernam kerana adik-adik kata hendak makan di sebuah restoran dalam perjalanan nanti...
Tak jemu mata memandang... |
Sunyi sahaja rasanya... |
Ada yang terlindung di sebalik cermin sisi kereta ini. Sekejap ya... |
ha... nampak tak lelaki itu? Beliau sedang memancing |
Melalui jambatan Tanjung Karang |
Inilah restorannya. |
40 cucuk satay habis dimakan. Alhamdulillah |
Soto yang enak |
Pecal yang sedap |
Aku suka melihat rumah yang ada kawasan luas begini. |
Bila aku rajin, perjalanan seharian pun boleh menjadi catatan blog yang bersiri. Tapi bila kemalasan di tahap maksima, berhari-hari berjalan belum tentu ada hasilnya.
Sekian, terima kasih.
wah..seronoknya kak...jalan2 sambil riadah bersama family..alhamdulillah.
BalasPadamSERONOK YE MAK SUASANA KAMPUNG ;)
BalasPadamseronok kembara kakcik nih... walaupun tak tido sana tp ttp banyak tempat dpt dijelajah...
BalasPadammcm best je nengok kedai mkn satay tuh kakcik...
kawasan kampung mmg syok... tgk laman luas...pokok2nya umah kampung nya... damai je rasa
Bagus kakcik.. cuti2 ni bawa keluarga menjejak kasih..
BalasPadamSaya hari jumaat ni inshaAllah.. menjejak kasih di kg en suami..
baru merancang melakukan perjalanan seharian mcm kakcik ni..
BalasPadamsoto tu nmpk menarik
BalasPadamTumpang suka. Tumpang seronok. Tumpang terharu.
BalasPadamBestnya jalan jalan menyusuri setiap sudut kenangan masa lalu...
Terasakan nostalgia itu indah sekali...
Pecal dgn soto tu mmg signature food kat Sabak Bernam ek KC....mesti sedap tu. Pergh terliur saya KC....
BalasPadamTak pernah lanjut ke Pekan Parit kalau gi Sri Iskandar tu....baru jugak pekan dia ye KC
seronok melihat kawasan kampung sejuk mata memandang...
BalasPadammenara condong tak sampai lagi...bila agaknya boleh singgah
BalasPadamKalau suami saya ni Kakcik memang suka sungguhlah pemandangan semulajadi kat jalan-jalan kampung macam ni. Katanya menenangkan jiwa raga berbanding dengan di KL. Tapi isteri mithalinya ni berlagak macam urban sikit, tak boleh bernafas kalau ikut jalan kampung macam ni ^_^ Nampak sangat berlagakkan, Kakcik :)
BalasPadamKalau kakcik ke rumah emak saya di BP tentu sukalah sebab laman rumah emak saya di kiri, kanan, depan mahu pun belakang sangatlah luas!