Selepas bersarapan di Bidor (makan minum di sepanjang perjalanan sehari suntuk hingga ke malam ini dibiayai oleh adik-adik dan adik-adik iparku sepenuhnya), kami bergerak masuk semula ke lebuhraya menuju ke Kuala Kangsar...
|
Awan memutih dan langit membiru yang memukau pandanganku... |
Singgah di pasar pagi Kuala Kangsar (yang lebih dikenali sebagai LEMBAH kerana kedudukannya di tebing Sungai Perak).
|
Memang susah hendak mendapatkan tempat letak kereta. Mujur juga En Suami mengantuk dan tidak mahu turun, jadi dia tunggu sahaja dalam kereta... |
|
Kuih-kuih (biskut) tradisi Perak seperti Kuih Bangkit, Kuih Karas, Kuih Sepit dan Bahulu. Ada juga Laksa Kuala Kangsar... |
|
Yang bulat-bulat itu, kata penjual adalah Buah Kulim. Aku sendiri tidak tahu kegunaannya atau cara hendak memasak/memakannya. Bunga Roselle itu kelihatan sangat besar dan segar. Pisang muda itu kalau buat masak lemak cili api memang sangat sedap... |
|
Pelbagai jenis ikan masin / ikan kering. Sedap ni... |
|
Jangan ketawakan aku kerana aku tak tahu sama ada ini ikan patin atau ikan baung atau ikan lawang! |
Selepas singgah sebentar membeli apa yang teringin, kami teruskan lagi perjalanan ke kampung asal kami. Tujuannya untuk menzirahi pusara bonda yang telah 8 tahun meninggalkan kami semua. Sempat juga singgah di rumah yang telah disewakan tetapi tiada siapa hendak ditemui, lalu kami berpatah balik ke jalanraya...
|
Singgah sebentar di Pekan Karai. Pekan kecil tempat aku dibesarkan. Sementara yang lain singgah makan rojak dan minum cendol, aku berangan sekejap di dalam kereta... |
|
Inilah Jambatan Victoria yang sudah menjadi warisan sejarah. Tempat yang pernah dirakam dalam filem Zombi Kg. Pisang. |
|
Satu ketika dulu - puluhan tahun yang lalu aku biasa mengayuh basikal untuk menyeberangi jambatan ini... |
|
...sementara yang lain sibuk hendak bergambar di atas, aku cuma mampu berselfie di bawah sahaja. |
|
Di Pusara Bonda... |
|
...semoga roh bonda (dan ayahanda juga) tenang di sisi Maha Pencipta... |
|
...Aamiin... |
|
Sekolah rendah tempat aku menuntut ilmu dari Darjah 1 hingga Darjah 6... |
...bersambung lagi...
cantiknya view
BalasPadammurah rezeki adik2 n ipar2 kakcik.... bestnya pasar pagi tuh kakcik... mcm2 makanan kampung ada... rambang mata menengoknya
BalasPadamalhamdulillah selamat smpai ziarah kubur arwah mak n abah kakcik... pastu kemana pulak yek
Allah...seronok nyer perjalanan mak kan..mengimbau kenangan lalu.
BalasPadamselalu ke kcik balik kg perak ??
BalasPadamKakak pasti banyak nostalgia kembali dlm memory kakcik sebaik tiba di kampung halaman.
BalasPadamLama dah tak g Kuala Kangsar
BalasPadamkakcik.....Karai tu adalah juga tempat asal keluarga arwah emak (emak di beri pada bapa saudara dia utk di pelihara di penang ni), tapi banyak masa keciknya dibesarkan di kuala kangsar
BalasPadamtepi sungai perak? tak nampak gambar kedai jual parang, keris atau lain-lain kraftangan...
BalasPadamseronok tengok ikan sepat kering tu...
BalasPadamMasa saya kerja kat Taiping dulu sesekali pergi juga ke Kuala Kangsar. Sekarang dah lama tak ke sana...
BalasPadamOhhh....nak melawat pusara rupanya ye KC. Berconvoi nilah yek..
BalasPadamMmg best kalau perjalanan disponsor kan KC hihu....
Untung KC tau...
Bestnya dapat gi pasar pagi, mvm mcm boleh tengok sambil membeli. Kalau nak masak tengahari tu lagi best tu, banyak benda boleh dapat kat situ
bestkan mengulit kenangan....tetiba dapat idea nak buat entri...terima kasih kak nur seroja
BalasPadambaru tahu pasal jambatan tu....lokasi penggambaran zombie kampung pisang
BalasPadamMenggamit nostalgialah kiranya ni Kakcik bila kembali ke kampung halaman ^_^ Jangan bimbang saya tak akan ketawa kalau Kakcik tak pasti nama ikan di atas sebabnya saya pun tak tahu!
BalasPadamSaya lagi teruk sebenarnya. Sekali tengok bunga roselle tu puas dok fikir bunga apa!