Kawan-kawan kakcik

Isnin, 7 Disember 2015

Edisi Jejak Kasih (Bhg. 1)...

Sebenarnya, tidak banyak yang hendak diceritakan tentang konon-kononnya Edisi Jejak Kasih ini. Tapi disebabkan gambar yang banyak (tiba-tiba terasa hendak merakam gambar seolah-olah sewaktu berada di Kashmir), aku bahagikan catatan ini kepada beberapa bahagian. Kepada yang sudi singgah (membaca dan melihat gambar), aku ucapkan ribuan terima kasih.  Maaf seandainya 'apa yang anda cari, tiada di sini'...

Tarikh : 6/12/2015 (Ahad)
Masa perjalanan : 7.00 pagi (keluar rumah) hingga 9.00 malam (tiba semula ke rumah)

Perjalanan ini tiada perancangan awal.  Pada Sabtu malam, ketika dua keluarga adikku berkumpul di rumahku, kami bersembang-sembang hingga terkeluar kata-kata 'nak balik kampung'.  Setelah semua 'ketua keluarga' bersetuju, kami merancang untuk keluar seawal pagi esok.  Rancangan asalnya hanya untuk balik ke Kuala Kangsar dan singgah di kampung menziarahi pusara Bonda.

Tapi bila sudah bergerak dan ada kesepakatan, rupa-rupanya perjalanan itu menjadi satu perjalanan 'yang panjang'. Aku dan suami bersama dua anak dan dua anak buah keluar dari rumahku dan berjanji untuk berjumpa dengan dua keluarga adikku di tempat yang ditetapkan...

Sepupu sepapat yang sangat rapat tapi kadangkala tak boleh bersua, ada sahaja akal mereka...


Meluncur membelah pagi...


Jalan juga masih lengang...

Menikmati keindahan negara sendiri...

Awan yang cantik...


Marilah melalui jalan yang lurus...



Di sesetengah kawasan, kabus adalah sangat tebal...




Rasa macam di negara berhawa dingin pula...

...dah masuk kawasan berkabus pun, ada pemandu yang sayang sangat hendak menyalakan lampu kenderaan...

...dinginnya terasa sampai ke dalam kereta (dah pasang pendingin hawa, mana tak dinginnya!)...


SubhanAllah...langit dan awan itu sangat indah...

Berkabus semula...


Berhenti di kawasan rehat Tanjung Malim.  Nampak tak kabus yang tebal itu?...

...macam berjerebu pulak...

Tiga bujang...

Kami berhenti untuk sarapan pagi di Bidor (Susur keluar Bidor)...
Lelaki berbaju hitam dan wanita bertudung corak songket itu kedua-duanya adik iparku...

...sementara menanti pesanan...



Dua yang di tengah itu, kedua-duanya adik kandungku...


Mereka berdua adalah sepupu (anak buahku)





Meriah...

...bersambung...

8 ulasan:

  1. seronok kakcik bt plan lastminit nih... pastu konvoi lak ramai2 mmg meriah lah...

    BalasPadam
  2. oooo best jalan2 macam ni esp yg tidak di rancang kan....tak mau mai penang ka?

    BalasPadam
  3. Murahkn makanan kat situ.... Family Cikna klu lalu kat 'bestari jaya' tu mesti kitaorg gelak mengekek-gekek,hanya kami yg tahu,huhuu....

    BalasPadam
  4. Ohhh...itulah kronologynya sampai pergi keKuala Kangso tu....nape misai si bujang tu KC... terluka ke apa tu

    BalasPadam
  5. Oh, seronoknya berkonvoi beramai-ramai macam ni! Perjalanan yang panjang pun tak terasa sebab seronok. Adik beradik Kakcik memang boleh diteka sebab rupa lebih kurang aje dengan Kakcik.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com