Kawan-kawan kakcik

Rabu, 14 Oktober 2015

Muhammad Firdaus Dullah telah kembali kepada Maha Pencipta...

Innalillahhiwainnailaihirojiun.   

Syurgalah tempatmu wahai anak istimewa.



Berita dan gambar dari Astro Awani...

KUALA LUMPUR: Remaja Orang Kurang Upaya (OKU), Muhammad Firdaus Dullah, 16, yang ditemui dalam keadaan kurus kering dan tidak terurus tahun lalu, disahkan telah meninggal dunia.

Memetik laporan Berita Harian, Firdaus meninggal dunia selepas diserang sawan tengah hari tadi.

Firdaus dilaporkan pengsan sebelum disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Penemuan Firdaus pada Jun tahun lalu menggemparkan negara kerana ditemui dalam keadaan menyayat hati di kediaman keluarganya di Taman Semarak, Nilai. Dia ditemui oleh pasukan Imigresen yang menjalankan pemeriksaan di kawasan perumahan tersebut.
Firdaus kemudiannya ditempatkan di Taman Sinar Harapan Tengku Ampuan Najihah Seremban, manakala ibunya, Lolanopita Sadi, 41, dihukum penjara empat bulan dan denda RM10,000 kerana kesalahan mengabaikan anaknya.


15 ulasan:

  1. Allah lebih sayangkan nya kak Mala, Al Fatihah buat ahli syurga ni.

    BalasPadam
  2. Syurga lah tempat nya kembali nya adik Muhammad Firdaus ni ..SUBHANALLAH

    BalasPadam
  3. Al Fatihah. .moga rohnya tenang di sana..

    BalasPadam
  4. pasti dia dah berbahagia di sana..
    hanya ALLAH lah yg membalas perbuatan manusia durjana ni..

    BalasPadam
  5. Al Fatihah...sempat jugak dia menikmati bibit bahagia kehidupan sblm dia pergi

    BalasPadam
  6. Innalillahiwainnailaihirajiuun....semoga Allah menempatkan anak ini dikalangan insan2 yg Allah kasihi...

    BalasPadam
  7. Kembali dia kepada Penciptanya, mungkin itu lebih baik!

    BalasPadam
  8. Allah lebih sayangkan Firdaus, biarlah di dunia hidup tersiksa tapi di sana dia aman damai bersama Tuhan yang Esa...

    BalasPadam
  9. Moga dia lebih tenang di sana..
    Al-Fatihah buat arwah.

    BalasPadam
  10. Al Fatihah buat arwah...tengok berita semalam...sedih...

    BalasPadam
  11. Alfatihah..semoaga damai disana anak syurga....

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com