Pagi 12/10 aku menyebut namanya di facebook. Tapi sehingga ke tengahari dia tidak memberi apa-apa jawapan. Tidak seperti kebiasaannya, dia akan segera membalas dengan ramah. |
Beberapa jam kemudian, aku mendapat khabar dari Azian Elias di kumpulan Whatsapp bahawa Fahad sudah tiada lagi. Punca kematiannya dikatakan bermula dari demam dan ubat yang diambil tidak serasi. Masih muda orangnya. Baru berusia lebihkurang 31 tahun. Meninggalkan seorang balu dan seorang anak lelaki yang masih kecil. Rata-rata mereka yang mengenalinya sangat menyenanginya. Seorang lelaki yang baik dan hamba Allah yang sangat mencintai Allah dan Rasul. Kerana itulah Allah SWT mengambilnya pulang segera. Bagaimana pula dengan diriku? Allah masih beri peluang untuk aku berubah menjadi lebih baik sebelum dijemput kembali, tapi aku masih tetap berleka-leka juga... |
Secantik mana pun awan di dada langit, munculnya hanya seketika. Tapi adakah kita mengambil iktibar tentang datang dan hilangnya? (Gambar kiriman adikku Abil Fikri Ahmad) |
muhasabah diri di pagi jumaat ni bonda...kita tak tau bila kita akan dijemput kan..
BalasPadamAL FATIHAH
BalasPadamSalam di penghulu hari kak...Allahu...bila tiba masanya ia tidak terlewat walau sedetik..Al Fatihah..
BalasPadamorang yang baik sangat mudah kematian nyer..
BalasPadamSaya yg kenal Fahad hanya di FB pun, terperanjat dgr kematiannya..lebih2 lagi kakcik semua mmg nak ke Kashmir nanti
BalasPadamAl fatihah..
BalasPadamSemoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi..
Ajal tak mengira usia dah kan kakchik. peringatan bagi kita yang hidup
BalasPadamInalillah. Tak sempat kakcik nak jumpa arwah
BalasPadamAl fatihah...semoga arwah ditempatkan diklgn org2 yg beriman...
BalasPadamAl Fatihah buat arwah, janjiNya telah sampai kak cik .
BalasPadaminalillah...
BalasPadamtak dpt lah kakcik ngn kak azian nk jumpa arwah november nih kan....
Walaupun x kenal rasa sedih dengar berita ni..
BalasPadamDua hari lepas baca blog Yan memang terasa sangat sedihnya..
X de rezeki la kakcik nak jumpa....
Pi kashmir berapa.orang kakcik?
salam takziah ....
BalasPadamsaya tak kenal fahad tetaoi dari butir bicara kak cik hamba Allah ni seorang istimewa dan baik budi pekertinya
Innalillah... kakak dpt tahu dari blog Yan kakcik.
BalasPadamMoga rohnya dicucuri rahmat Allah.
Al-Fatihah...orang yang abik-baik selalu Allah ambil cepat.
BalasPadamAssalamualaikum Kakcik,
BalasPadamAl Fatihah...
Sesungguhnya hidup dan mati - bagaimana, di mana, bila masanya; jodoh pertemuan dan penceraian dalam perkahwinan itu semua adalah rahsia di Allah. Yang tentu kematian itu pasti mendatang setiap yang bernyawa....
Innalillahiwainnahirajiun. Al-Fatihah
BalasPadamAllah ambil hambaNya yang baik2 sebab dunia kita makin celaka. Tapi kita tang hidup ni kena ambil iktibar dan jadikan semula dunia ni lebih gembira. Salam takziah.
BalasPadamSemoga rohnya dicucuri rahmat
BalasPadamAlFatihaha..moga roh nya tenang disana..amin
BalasPadamAlfatihah...semoga arwah damai disana...
BalasPadamiyalah inalilahiwainailaihirajiuun..walaupun tak ke kashmir dan tak pernah jumpa..tapi sedih terasa sebab kami selalu bertanya kabar..hu..hu
BalasPadamakakkk....
BalasPadampetang tadi terlelap tak lama.. kejap je.. terjaga sebab rasa rasa macam saya nangis.. sekilas macam terpandang dia.. sedu2 saya kak.. terus istifar.. tapi sayu je rasa.. huwaaaaaaa..
Innallillahhiwainailaihirajiunn
BalasPadamsemoga roh nya dicucuri rahmat ameenn
biasa nya orang yg baik akan dipanggil dahulu kakcik
muhasabah diri ada kah kita ni....
atau Allah sengaja beri peluang utk kita berubah...
Innalillahiwainnahirajiun. Al-Fatihah...
BalasPadam