Kawan-kawan kakcik

Selasa, 13 Oktober 2015

Kadar tol naik lagi...

Rujuk di : ASTRO AWANI


KUALA LUMPUR : Beberapa lebuhraya utama di seluruh negara akan menaikkan kadar tol masing-masing bermula 15 Oktober ini. Ia menyaksikan kenaikan harga lebih 17 hingga 80% di antara 20 sen hingga RM1. Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, pengumuman kenaikan tol dilakukan oleh konsesi tertentu menerusi kenyataan berasingan, dan bukannya kerajaan.

Kenaikan antara 17 hingga 80 peratus itu pastinya tidak akan membebankan rakyat.  Kerajaan telah membuat kajian dengan sedalam-dalamnya sebelum membuat keputusan.  Jadi, jangan mengeluh. Pasrah dan redho sahajalah...

Kalaulah lukisan pertama Qaid ini laku dijual,
mungkin nenek jual dan simpan duitnya
untuk kegunaan masa depan Qaid.

Betul, kan?
Semuanya perlukan duit.  Dah mati pun, kena ada duit
untuk orang yang tinggal menguruskan jenazah kita...

15 ulasan:

  1. hehehe...terpaksa kena redha dalam keterpaksaan

    BalasPadam
  2. betul sangat sangat kakcik.Duit tak boleh bawa mati ,tapi dlm mati pun kena pakai duit.Teringat arwah mak yang sangat beringat ttg duit.Tak mahu susahkan orang dalam hidup dan mati.

    BalasPadam
  3. Saya emo kak pasal kadar tol naik walaupun saya tak terlibat pun...Tak tau nak cakap camana lagi kecuali berdoa yang baik-baik jer laa...Salam Maal Hijrah...

    BalasPadam
  4. paling tak boleh diterima akal bila akleh naik singgit?! akleh tu pendek kot...grrr..

    BalasPadam
  5. Bersimpati pada mereka yang terlibat dengan laluan harian yang dinaikkan kadar tol itu.. Bukan satu jumlah yang sedikit ianya naik.. Makin lebat tangisan dalam hati jadinya..

    BalasPadam
  6. ermmmmmmmmmm naik motor la lepas nie

    BalasPadam
  7. betul...cuma kesian pada yang menggunakan kereta sepenuhnya untuk ulang alik kerja..sedikit kalau kerap banyak juga jumlahnya..kalau menabung hujungnya buat tuan tabung tersenyum..tapi selain itu hujung bulan buat tuannya senyum kelat..

    BalasPadam
  8. masa sebelum pilihanraya jnji itu ini nk turun... dh menang pilihanraya satu2 bende naik.... skrg semua naik

    BalasPadam
  9. ok, nanti uncle bagitau 'jib'....

    hehehehe

    BalasPadam
  10. Semakin dahsyat tekanan yg terpaksa rakyat pikul/tanggung
    "Mereka" tetap buat tak tahu aje kakcik..

    BalasPadam
  11. Simpati sangat dengan mereka2 yang kena bayar tol pergi balik kerja... banyak pulak tu naik... memang akan terasa la...

    Semua benda naik.. kita ni kena pasrah dan hadapi je la...adjust sendiri...

    BalasPadam
  12. Ini yang dinamakan rakyat diutamakan,..apa2 hal rakyat yang kena dulu..hahha..sabar je la..

    BalasPadam
  13. kejap lagi semua benda naik mencanak2 kan kak....

    BalasPadam
  14. Betul tu KC......tah papelah mereka ni, udah dinaikkan tol pulak dah.....Tambah terbebanlah kita jadinya. Betul kata P Ramlee, hidup pun susah, mau mati pun susah.....huhu

    BalasPadam
  15. Kalau org putih tengok lukisan Qaid tu, seni namanya tu KC hihi...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com