Kawan-kawan kakcik

Selasa, 22 September 2015

28 tahun yang lalu...

... aku masih 'muda'
'baru' berusia 26 tahun
masih kuat

pada tarikh ini - 22/9
28 tahun yang lalu
aku bergelar seorang 'mak'
(suami aku kata, dia panggil ibunya 'mak',
jadi tak payahlah hendak ber'mama' atau sebagainya.
Sebagai isteri yang 'baik' aku turutkan sahaja)

aku terima anugerah Ilahi
aku gembirakan hati seorang suami
anak itu memang dia sangat ternanti-nanti
konon buktinya dia seorang 'lelaki'

jadual hidupku terus berubah
dari saat mengandung pun tidurku sering tidak lena
apatah lagi setelah kehadirannya
tapi kami tetap gembira
lahirnya disambut ceria

biar ada yang memandang 'pelik'
kerana tidak genap 9 bulan 10 hari
selepas tarikh nikahku
(aku bernikah pada 27/12/1986)
kandunganku lahir sempurna
dan Allah tahu akan kebenarannya
kelahiran itu kami sambut dengan sesyukur-syukurnya
dan kunamakan ia
MUHAMMAD MUSTAQIM BIN MUSTAPHA

Selamat hari ulangtahun kelahiran, Along.
Semoga sentiasa berusaha untuk menjadi insan yang benar-benar baik.

Kalau dahulu dia kukandung dan kukendong,
kini dia sudah terlalu 'besar' berbanding diriku...

14 ulasan:

  1. Selamat Hari lahir along.Iras wajah nampak sama.Sejuk katanya.

    BalasPadam
  2. selamat hatibkelahiran Along semuga bahagia di funia hingga akhirat bersama insan insan tersayang amiin amiiin

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah..bahagia kan Kakcik bila anak yg kita kandung membesar depan mata dgn sihat...utk Along semoga dipjgkan umur,dimurahkan rezeki dan menjadi anak mithali :)

    BalasPadam
  4. Semoga Along menjadi anak yang solah mengembirakan hati kakcik sekeluarga.

    BalasPadam
  5. Amboi corak askar mak dan anak ni. Semoga diberkati baki umurnya.

    BalasPadam
  6. Sanah helwa abg long
    Kakak tengok kakcik jadi comel bila kena peluk along gitu..:)

    BalasPadam
  7. alahai sweetnya tengok gambar 2 branak ni..selamat hari jadi buat Along..:)

    BalasPadam
  8. happy besday along ...muda lagi kak cik ....

    BalasPadam
  9. Selamat Hari Lahir Along..
    Moga diberikan kekuatan dalam menjalani rutin harian.. ;)

    BalasPadam
  10. sekarang dia dh boleh kendong n dokong kakcik dh....
    selamat hari lahir bt along kakcik... moga jd anak yg lebih berjaya lg

    BalasPadam
  11. selamat hari lahir along...:) putera kebanggaan kak cik .

    BalasPadam
  12. Happy birthday along.......ingat jasa mak ye.

    BalasPadam
  13. Hepi bisday Along, semoga Allah merahmati perjalanan hidupnya di dunia dan akhirat...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com