Kawan-kawan kakcik

Rabu, 23 September 2015

Kita mungkin boleh lari dari hukuman dunia...

...tapi mampukah kita mengelak dari hukuman di 'sana'?

Kita melihat hukuman yang pelik dan kadangkala bagai tak boleh diterima oleh akal manusia biasa dicipta oleh mereka yang arif kononnya.

Mempertahankan diri dari menjadi mangsa di rumah sendiri dan akhirnya menyebabkan kematian,  dihukum penjara tanpa terbela.

Mencuri dengan nilai tidak pun sampai RM50 kerana desakan hidup juga dipenjara bagai tak terampun dosa.

Sebaliknya jika kita punya nama dan kuasa,  hukuman dunia ini boleh pula dipersenda-senda.

'Oh...aku ada kepakaran, jangan penjara aku.  Walaupun nilai rasuahku berjuta ribu, aku boleh memberikan khidmat mesra secara percuma kepada kamu.  Rugi kalau kamu penjarakan aku...'

'Begitu juga, aku ada kuasa dan wang yang banyak.  Jangan persoalkan dari mana aku mengumpul kekayaan kerana tiada sesiapa yang aku susahkan.  Sudah-sudahlah kamu menyalak kerana aibku tak akan terselak.'

Tak mengapalah.  Allah SWT tak pernah leka dari memerhati.  'Bahagian' untuk kamu tetap akan menanti...

9 ulasan:

  1. Tak tercapai dek fikiran
    Lihat apa yg sedang berlaku sekarang...)

    BalasPadam
  2. Lumrah dunia sekarang..tu pon ramai yang buta walau dapat melihat..
    persoalanya sampai bila?..huhu

    BalasPadam
  3. Orang kecil hakim belum jatuhkan hukuman, dia sudah rasa hukuman dalam lokap dan penjara. Orang besar pula (kena tengok juga dia tu sebelah sini ke sebelah sana..) hakim dah putuskan bersalah tapi masih ditangguhkan hukuman bertahun-tahun, akhirnya dia merayu pula nak buat khidmat masyarakat kerana kononnya dia pakar dan profesional dalam bidangnya. Semuanya nak elakkan diri masuk penjara.

    Mereka terlupa rakyat sedang memerhatikan lawak jenaka yg sedang dipersembahkan. Untunglah kita jadi rakyat Malaysia yg dapat melihat semua drama lawak jenaka yg cuma ada di Malaysia dan tak berlaku di negara lain...

    BalasPadam
  4. hmmm malas nak ulas psl org politik tuh..makin hari makin giler dunia nie.

    BalasPadam
  5. di dunia mmg berkuasa .... tapi tidak sedar lagi di penghujung nanti .... di sini lepas belum tentu di alam satu lagi

    BalasPadam
  6. Dunia akhir zaman mak. Menanggung lah kat sana nanti.

    BalasPadam
  7. Bukan saja si bersalah malah hakim juga termasuk peguambela... takkan terlepas dari segalanya...

    BalasPadam
  8. Berani buat.. beranilah tanggung.. kenapa bila bersalah pandai mula mencari alasan untuk mengelakkan dari menerima hukuman..

    BalasPadam
  9. Betul. Cuma terkadang ada yang lupa hari pembalasan itu ada.,

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com