Kawan-kawan kakcik

Isnin, 6 Julai 2015

Tiada warna tema untuk hari rayaku...

...anak-anakku kian dewasa
Along sudah berumahtangga
Angah sudah bekerja
Bangcik dan Adik ada citarasa berbeza

jadi,
aku biarkan sahaja
mereka pilih apa warna yang mereka suka
asalkan mereka rasa bahagia
aku dan suami ikutkan sahaja

sedangkan bagi kami berdua
kami pakai apa sahaja yang ada
sekarang bukan waktu hendak sesuka hati berbelanja
untung rugi kena diambilkira
jangan ikutkan nafsu yang menggila
kelak jadi muflis selepas hari raya!

11 ulasan:

  1. ye la kan , anak2 masing2 dah berfamily kan kak

    BalasPadam
  2. tu laa...ckup syarat jela kn..yg pentg dpt bkumpul sanak saudara...

    BalasPadam
  3. Tema2 ni mmg tak penting dlm family kecil saya kak...ada sama..samalh..tak der tak apa..yg penting sekarang berjimat..kami suami isteri pakai apa yg ada..sudah....yg utama anak2...

    BalasPadam
  4. Terutama bagi kakitangan kerajaan yang hanya akan jumpa gaji seterusnya hujung bln hadapan,,bijak bijaklah berbelanja..

    BalasPadam
  5. Ye la kak, saya pun pakai je apa yang ada hehe..Dah lama memang takde tema pun hehe

    BalasPadam
  6. Sayakan kak, kalau pakai warna sedondon pun cuma tiga beranak. Bapaknya sentiasa pakai jubah putih aje. Adalah sekali kami pakai warna coklat sedondon tiga beranak, sebelum si Adik lahir. Tahun ni pun saya takda warna sedondon. Dua-dua anak baju Melayu lain warna, Mommynya lagilah... banyakkkk warna ~_^

    BalasPadam
  7. saya tahun lepas tak warna sedondon pun..baju saya n anak2 perempuan tak siap ..hehehe..tahun ni pun sama, baju tak siap ..pakai la lain kaler

    BalasPadam
  8. Betul tu..baju tak bertema pun tetap raya.
    takut lepas raya korek tabung pulak..

    BalasPadam
  9. assalamualaikum,
    risau lepas raya nanti tak mampu nak tarik nafas ambil nyawa huhuhuhu

    BalasPadam
  10. Saya tak der tema pon mak. Kalerful suma.

    BalasPadam
  11. betul tu kak cik...da semakin tua dah x kira da nak tema apa nak pakai apa...janji beraya ;-)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.