Kawan-kawan kakcik

Isnin, 6 Julai 2015

Tahun ke 29 aku berhari raya sebagai seorang menantu...

...aku tak perlu tahu apa pandangan mertua terhadap diriku
begitu juga dengan pandangan ipar duaiku
aku hanya ingin menjadi diriku
jika aku berlakon nanti akan diketahui juga lakonanku

aku bukan peminat barang kemas
tak kiralah yang palsu mahu pun yang benar-benar emas
memakainya pun boleh membuatkan aku lemas
rasa susah hendak bersiap atau berkemas

tidak timbul masalah hendak menunjuk bila balik ke kampung
yang penting silaturrahim dapat disambung
aku sedar suamiku bukan taukeh lombong
konon balik semata-mata hendak menunjuk sombong

apalah ada dalam fikiran
bila bercakap main lepas sembarang
mungkin teruja kerana sudah dikenal orang
maka asal dapat bercakap tak kisahlah walau jual temberang

bila orang dalam kesempitan
jangan jual lawak bodoh kerana ia takkan menghiburkan
saat orang dalam tekanan
diam itu lebih baik dari menunjukkan kebodohan!

imej dari : www.hargaemas.com.my

Semoga apa yang telah terjadi memberi pengajaran kepada'nya'. Jangan lacurkan gelaran 'pakar' itu sewenang-wenangnya.  Ada orang kata kalau kita diam, maknanya kita bodoh.  Rupa-rupanya bila kita bercakap, lagi terserlah kebodohan kita.  Oleh itu, mungkin diam adalah lebih baik buat kita...

Kepada yang tidak mengikuti perkembangan semasa, anggap sahaja nukilanku di atas tidak bermakna apa-apa...

18 ulasan:

  1. Sy baru 12 tahun kak. Pnjg lg perjalanan.

    BalasPadam
  2. Faham. . faham. .faham sangat kak. .

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum,
    Adat dunia, bila diam dianggap tak cerdik.
    tapi kalau bercakap nampak lebih tak cerdik, baiklah diam.

    BalasPadam
  4. Cantik nukilan kakcik ptg ni..
    Rhymes tapi terserlah maksudnya..
    Kita ni rambut sama hitam
    Hati lain2.....
    Macam org macam2lah ragamnya...

    BalasPadam
  5. teringat kt cite masihkan ada ramdhan butang baju melayu kt astro psl sbk nk beli brg kemas...

    btl kan kakcik, sbb tu diam lebih baik... kot2 bile berckp terserlah pandai atau terserlah bodo

    BalasPadam
  6. moga kita semua sentiasa dalam rahmat NYA..

    BalasPadam
  7. yan pun jenis macam akak tak minat barang kemas...rimas....

    BalasPadam
  8. saya paham maksud dia tu... tapi yerler tang statement tu mungkin terlebih sudah..

    BalasPadam
  9. ada mak mertua tu, tiap kali raya dia akan minta menantu belikan barang kemas utk dia.
    Ini kisah benar yg terjadi pada jiran saya, kesian.

    BalasPadam
  10. sebab tu nabi cakap... fal yaqul khairan au li yasmut...

    BalasPadam
  11. Setuju dengan Kakcik - silence is golden...

    BalasPadam
  12. Lebih baik diam dri berkata2 yg boleh menyakitkan hati orang..

    BalasPadam
  13. in sha Allah...jika niat kita baik, baiklah jadinya...
    follow blog saya ye... http://diarihatiwanieyahaya.blogspot.com..boleh tukar2 idea dan info..tq..

    BalasPadam
  14. saya pun harap agar hubungan saya bersama mertua, ipar duai berjalan baik selamanya.
    suka baca nukilan akak yg ni.
    dalam maknanya.

    BalasPadam
  15. Jauh lagi perjalanan saya dalam alam rumahtangga ni kalau nak dibandingkan dengan Kakcik. Saya pulak memang kena 'berlakon' depan mak mertua yang setahun sekali munculnya atas permintaan suami sebab tak mahu mendengar keluh-kesah ibunya tentang sikap menantu. Menantu perempuan pun tak ramai, dua aje. Yang bukan bangsa sendiri itulah yang selalu diperhatikan kerana nak tau mana yang lebih elok. So, berlakonlah kita ~_^

    BalasPadam
  16. Wah kak, tahniah. Semoga kekal hingga ke jannah.

    Best sangat nukilan akak :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.