Kawan-kawan kakcik

Selasa, 7 Julai 2015

7/7/2015 - Ulangtahun kelahiran Angah yang ke 25...

Ketika ini aku berusia 28 tahun dan Angah sudah
beberapa bulan 'bernyawa' di dalam rahimku...
Kini Angah sudah dewasa.  Ramai
orang kata, dari 4 anak lelakiku,
wajah Angah adalah amat seiras
dengan wajahku...
Angah memang anak yang baik. Anak-anakku
yang lain pun baik juga.  Kebaikan mereka
dengan cara mereka yang tersendiri.  Angah ini
sangat pendiam berbanding adik beradiknya.
Gambar ini aku rakam ketika Angah tolong
memotong kuku kakiku.  Waktu ini aku hanya
merungut yang aku tidak mampu untuk
memotong kuku kaki sendiri kerana tidak
berupaya untuk tunduk akibat sakit lutut.
Angah yang mendengar terus mengambil
pengetip kuku dan mengetip kukuku tanpa
diminta.  Allah sahaja yang tahu betapa
terharunya hatiku ini.

Ya Allah Ya Tuhanku, aku hanyalah seorang ibu dan hambaMu yang serba lemah.  Aku hanya mampu memohon kepadaMu dengan segala kerendahan diriku.  Kau limpahkanlah segala rahmat dan kebaikan buat anakku Muhammad Muzammil dan juga adik beradiknya - Muhammad Mustaqim, Muhammad Muhaimin dan Muhammad Muzakkir. Begitu juga dengan menantuku Nurul Huda dan cucuku Muhammad Qaid Darwish. Jauhkan mereka dari segala bencana dan fitnah dunia serta isinya.  Tetapkan mereka di jalan yang Kau redhoi. Simbahkan hati mereka dengan rasa iman dan taqwa, yang sentiasa takut kepada larangan-laranganmu dan mencintai keredhoanMu. Jadikanlah mereka insan yang penuh rasa kasih sesama mereka dan hilangkan rasa sombong dan bongkak di hati mereka terhadap sesama manusia.

Aamiin Ya Rabbal 'Alamin...

16 ulasan:

  1. Selamat Hari Lahir Angah. Semoga menjadi anak yang baik, soleh dan taat kepada ibu bapamu

    BalasPadam
  2. amin...

    semoga angah terus berbakti menjadi anak yang baik..

    BalasPadam
  3. selamat hari lahir bt angah, moga jd anak yg soleh n berjaya

    selalu anak no 2 mmg pendiam skit kot kak, sbb adik dana pun jenis penyenyap jgk, tp dia sgt rajin bt keje2 umah...

    BalasPadam
  4. Amiin.
    Moga Angah menjadi anak soleh yg sering mendoakan kesejahteraan ibubapa dan sentiasa dalam lindungan Allah

    BalasPadam
  5. Terharunya Nurul baca yang ketip kuku tu Kak Saroja.. bergenang airmata Nurul.. Semoga Angah berjaya dunia dan akhirat. In sha Allah.

    BalasPadam
  6. Amennnn..moga terus menjadi anak yang soleh..

    BalasPadam
  7. So sweet lah angah. Selamat hari lahir buat angah. kita berkongsi tarikh lahir yang sama ☺

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah..Aminn..terharu tgk angah ketipkan kuku kakcik tu...Selamat Hari Lahir Angah..Semoga terus berbakti pada ibu ayah...

    BalasPadam
  9. selamat ulang tahun angah..semoga terus menjadi anak penyejuk hati orang tua...

    BalasPadam
  10. HBD Angah...jadi anak yang baik ya...

    BalasPadam
  11. amin...saya berkongsi tarikh lahir yang sama dengan angah

    BalasPadam
  12. selamat hari lahir angah...


    tu kak cik ke??? macam x percaya... mati2 sy igt menantu kak cik.... ;-)

    BalasPadam
  13. Selamat Hari Jadi Angah...bertuahnya sapa dpt angah ni...calon menantu ni...hehe

    BalasPadam
  14. alhamdulillah.. dikurniakan anak-anak yang suka membantu.

    BalasPadam
  15. Selamat ulangtahun kelahiran, Angah. Tengok gambar dia tengah potong kuku kaki Kakcik pun dah rasa terharu. Berharap sangat anak-anak saya nanti akan sentiasa ingatkan saya bila saya dah tua dan tak bermaya lagi nak jaga mereka!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.