Kawan-kawan kakcik

Rabu, 1 Julai 2015

Jangan bersedih duhai ayah dan ibu...

...anakmu tidak lagi boleh pulang seperti selalu
bukan kerana telah lupa kepada ayah dan ibu
tapi kerana tuntutan hidup tidak lagi sama seperti dahulu
segala-galanya kian menekan dan menusuk kalbu

duhai ayah dan ibu
ampunkan anak-anakmu
hutang piutang negara anakmu kena fikirkan dulu
berhempas pulas dengan gaji yang kecil kami turut membantu
mungkin tiada siapa yang tahu
tapi kami dikenakan cukai ini dan itu
hingga makan pun turut dicatu

redhakanlah duhai ayah dan ibu
andai lebaran ini kita tidak bertemu
perjalanan yang jauh beratus batu
tak mungkin kami harungi dengan hanya berkereta lembu

hendak menaiki kenderaan yang kami beli dulu
duit petrol dan tol walaupun tidak sampai beribu
tetap membuatkan langkah tersekat di pintu
belum lagi keperluan lain buat cucu-cucumu

senangnya mereka memberitahu
naik sahaja kenderaan awam jika tidak mampu
tol dan petrol bukan lagi tanggungjawab kamu
tapi sudahkah mereka berfikir dahulu
bagaimana hendak kami angkut barang yang berkilo-kilo itu
serta keperluan lain yang memang perlu
untuk kami berdua dan deretan cucu-cucumu
harga tiket pun bukan murah seperti satu masa dahulu

ampunkan anak menantumu wahai ayah dan ibu
begitu juga dengan cucu-cucumu
andai kami kelihatan seperti tidak lagi menyayangimu
hingga di pagi lebaran kami berkunjung ke rumah pemimpin nombor satu
seolah-olah sokongan kami kepadanya begitu padu
sebenarnya kami mengharap-harapkan sesuatu
manalah tahu dapat duit raya seorang satu
kalau banyak bolehlah kami pulang untuk kita bertemu!

16 ulasan:

  1. Kesian nya kami sbg anak...Semoga adalah tu sedikit bahagia dihujung jalan...tolonglah pakat jgn pangkah dah lepas ni...tukar jerlah

    BalasPadam
  2. sedih ni..dah senget..banyak beban nak pikul...huhu..

    BalasPadam
  3. sakitnya dihati
    bila semua tu terjadi
    Walau duit ada seguni
    Nilainya ...ciput sekali.
    Sebagai ibu saya pun susah hati dgn kehidupan anak anak kini.

    BalasPadam
  4. tak tahu nak cakap apa.. sebab sakit hati.. huhuhu..

    BalasPadam
  5. Sayunya bc rintihan ini...sapalah kita insan yg kerdil

    BalasPadam
  6. Saya masih terkesan dengan pemergian abah saya yangmana saya tak berkesempatan selalu ziarah, berbual dan belanja dia makan dek kerana sibuk dengan urusan dunia dan keluarga sendiri.

    kini saya masih beruntung kerana punyai mak yang walaupun lumpuh. Sebab itu sementelah saya tidak bekerja, saya sanggup berhabis wang semata untuk tinggal di hotel asalkan dapat menjenguk mak sebualan sekali. Duduk dekat mak mendengar ceritanya walaupun berulang-ulang, memakaikan seluar mak bila dia sudah mandi, gantung kelambu mak bila dia hendak tidur dan hidangkan makanan mak bila tiba tengahari.

    Walaupun dalam masa yang sama saya juga terpaksa menjaga hati ibu_suri yang kekadang seperti cemburu...

    BalasPadam
  7. Jika mak ayah baca coretan ini. Pasti mereka turut bersedih.

    BalasPadam
  8. kita suruh menteri balik kampung naik bas, nak tgk apa dia rasa.

    BalasPadam
  9. Argghh... kakcik! Buat saya nak menangis walaupun tak dapat balik raya bukan kerana sebab di atas! Yalah, emak saya dah 78 tahun dan makin hari makin tak ingat apa-apa. Saya cuba bayangkan jika ini raya terakhir buatnya, itu yang buat hati saya sedih. Tapi apakan daya, arahan suami kena didahulukan. Kalau ibunya lebih penting, apa lagi yang boleh saya kata....

    BalasPadam
  10. :'-C iikat perut sikit..kalau tak..tak dapat balik kampung...

    BalasPadam
  11. sedih juga dengan kenaikan kenaikan yang berlaku....seakan dijaga satu pihak sahaja

    BalasPadam
  12. KC.....ini realiti ke apa ni.....
    Kalau mmg realiti, harap KC bersabar yer, beginilah namanya kehidupan kita di ibu kota, nampak mcm mewah tp hakikatnya kita jer yg tahu, kan KC...
    Apa pun moga urusan KC dipermudahkan ye

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.