Kawan-kawan kakcik

Khamis, 2 Julai 2015

Andainya orang tuaku tahu...

...mungkin mereka akan menangis tersedu-sedu
'kenapakah begini sekali nasibmu anakku
kembalilah kamu meneruskan hidup bersamaku'

Sewaktu aku dapat kerja dulu
betapa bangga kedua orang tuaku
tertera tawaran gaji beribu
'pasti nanti berubah nasibmu anakku'

ke tengah kota anakmu melangkah
masuk ke pejabat dengan perasaan megah
bagai terlepas segala penat lelah
setelah bertahun belajar dan otak diperah

kiranya ini hanya mimpi yang indah
dugaan pertama sebaik mendapat 'upah'
kusisih-sisih untuk semua keperluan termasuk sewa rumah
yang tinggal tak cukup nak hantar kepada mak dan ayah

keluhanku diperhati kawan sebelah
dengan nada enak dia mengajak agar nasib diubah
ditayang kepadaku hidupnya yang konon mewah
katanya hasil perniagaan yang cukup mudah

tergoda dengannya aku pun ingin mencuba
kelaburkan sedikit yuran 'seumur hidup' katanya
tapi akhirnya aku terpinga-pinga
tanpa bimbingan aku hendak berniaga bagaimana?

lalu aku kembali ke jalan asal
bekerja dan bekerja jangan cari pasal
syukur dan syukur itulah cogankata yang dibekal
hingga kadangkala aku rasa tak lebih dari sibebal

sewa rumah makan minum
tambang pergi balik kucatu seminimum
pakaian harian kupakai berulang-ulang
segala hiburan takku beri ruang

makin hari kian menghimpit
harga barang keperluan membuatkan kutersepit
kenaikan kenaikan yang bukan sedikit
lalu jiwa ini sakit sedikit demi sedikit...


Syukur kerana masih ada makanan
dan tak perlu menyelongkar tong
sampah demi untuk mengalas perut.

18 ulasan:

  1. mendalam maksud k.cik tu ........
    ada 2 3 yg bermain di minda sy

    BalasPadam
  2. Realiti sebuah kehidupan walau beribu pendapatan diperoleh belum menjamin semua keperluan dapat dinikmati. Apa pun bersyukur tak menadah tangan mohon simpati.

    Banyaknya biskut rendam kakcik:)

    BalasPadam
  3. Mensyukuri setiap nikmat..dalam ketika yang sama berusaha untuk terus perbaiki ruang kosong yang ada..

    BalasPadam
  4. Syukur alhamdulillah dengan setiap rezki yg ada, hiduplah mengikut kemampuan agar hidup kita tenang.

    BalasPadam
  5. Kalu boleh berpencen, saya pun nak pencen mcm Kakcik tapi duit kena ada selalu. hahahaha!

    BalasPadam
  6. Begitulah kehidupan Kakcik. Kalau ditoleh ke belakang, banyak yang ingin diperbaiki tapi apakan daya, masa bukan boleh dianjak ke belakang semula. Makanya teruslah kita maju ke depan walaupun semakin hari, semakin terasa sempit.

    BalasPadam
  7. assalamualaikum,
    semakin ramai hidup kian terjepit terhimpit

    istilah selesa kian menjauh, apalagi nak bersenang lenang huhuhuhu

    BalasPadam
  8. huhuhu makin maju dunia konon nyer lah makin terhimpit rasanyer kakcik

    BalasPadam
  9. belajar tinggi2 tapi gaji makin hari makin ciput..bukan makin lama makin ssenang..semuanya sebab kos hidup yang semakin tinggi..sabar je la..kena usaha setengah mati nampak nya..

    BalasPadam
  10. kerja dapat gaji bayar keperluan tinggal baki untuk sara hidup seharian..itulah kitaran makan gaji kan kak cik .

    BalasPadam
  11. Saya suka makan biskut dengan Ali Tea. Antaranya biskut Jacobs walaupun sebenarnya tak sesedap biskut HS cap ping pong...

    BalasPadam
  12. mmmm sukar juga saya nak faham bahasa seperti ini. tetapi wang kepada ibubapa apabila dapat gaji jangan dilupakan....ada berkat didalamnya

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com