Kawan-kawan kakcik

Ahad, 28 Jun 2015

Ada tak menteri yang nak cadangkan agar rakyat guna kereta lembu sahaja?...

Tadi En Suami tukar 4 biji tayar kereta.  Sebelum GST dulu, yang dibayar hanyalah harga tayar. Upah pekerja pun tak perlu bayar.  Sekarang GST punya pasal, kenalah keluarkan RM72.00 lebih dari harga 4 biji tayar yang dibayar itu.  Sebab bawa wang tunai cukup-cukup untuk harga tayar, jumlah RM72.00 terpaksa guna kad hutang (nanti kena GST juga atas RM72.00 tu, jangan tak tahu).

Terima kasihlah kepada menteri-menteri yang cerdik pandai yang akan membuat kenyataan bagaimana hendak mengelakkan GST sewaktu menukar tayar nanti.  Sudahlah ada menteri yang kata jangan gunakan jalanraya kalau tak mahu bayar tol.  Dan ada juga menteri yang kata kalau tak mahu kadar tol naik, cukai lain akan dinaikkan...

Hmmmm...redho dan pasrahlah!  Bersyukur kerana negara kita masih aman walaupun bumi sudah mula bergegar!

10 ulasan:

  1. rm72 tu banyak jugak. sayangnya, bila tiba hari memangkah kita semua terlupa keperitan sepanjang beberapa tahun tu...

    BalasPadam
  2. Betultu,..,akak pun terasa time bayar unifi,.. depa tanya nak upgrade ke vip10 ke, bla bla bla, bayaran campur gst... fuiii ... tapi pegawai tu bleh kata ala kak, cuma rm 20 lebih je kena tambah,.. dia fikir 20 lebih tu kecik ke..., dah le servis unifi pun bukan ok sangat, nak tgk drama online asyik berpusing2 je...

    BalasPadam
  3. Puaslaaa mendengar hujah ramai menteri yg kureng cerdiknya....
    Mana pi org yg lebih cerdiknya?

    BalasPadam
  4. mujur tukar tayar 2,3 tahun sekali..klu tiap tiap bulan kena tukar mau nya botak kepala :-)

    BalasPadam
  5. pak Jib kata gst tak membebankan rakyat lah kakcik.... ntah tang ceruk mana yg tak membebankan pun tak tau lah...

    lps ni kalau ada rakyat yg kompelin2 ada lah pak menteri yg bg cadangan naik basekal je balik kg kui3

    BalasPadam
  6. Rasanya nanti akan ada cadangan macam ni kakcik. Langkah untuk berjimat.

    BalasPadam
  7. kalau keluar juga statement macam tu... rugilah mereka dapat kenaikan elaun tetapi tiada perasaan... hati kering!!

    BalasPadam
  8. Extra RM72 tu banyak juga. Separuh harga tayar murah. Empat biji tayar baru aje dah berapa harganya. Menteri tak pernah tukar tayar sebab itulah mereka tak tahu. Merekakan pakai driver, masuk kereta terus jalan. Mana tahu sekali pam minyak full tank berapa, harga tayar sebiji berapa! Tol pun bukan mereka yang bayarkan, semua orang tolong bayarkan. Mereka duduk kat seat belakang main candy crush aje lepas tu bagi kenyataan bodoh!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.