Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 27 Jun 2015

Tamar (kurma) untuk mengatasi lapar dan dahaga waktu berpuasa...

Alhamdulillah, hari ini sudah 10 Ramadhan 1436H.  Sekejapan sahaja kan?  Terlalu pantas masa berlalu.

Beberapa hari kebekangan ini, aku kehilangan selera makan.  Cuba makan nasi, tapi bagai tersekat di tekak.  Tak boleh hendak dipaksa-paksa.  En Suami seboleh mungkin suruh aku makan kerana dia bimbang aku akan jadi tidak berdaya di siang hari walaupun aku sudah tidak bekerja di pejabat lagi.

Aku membuat percubaan sendiri.  Sewaktu berbuka, aku minum teh O suam yang di dalamnya aku rendam dengan sebutir kurma.  Sewaktu bersahur pula aku masukkan sebutir atau dua kurma ke dalam milo panas yang kuminum.  Eh...kurma-kurma itu tidak aku buang.  Sebaliknya aku makan bila teh O atau milo habis kuminum.  Setakat ini, Alhamdulillah, aku tidak merasa lapar atau dahaga bila berpuasa.  Badan juga tidak letih.  Cuma memanglah, dah tak ada apa hendak dibuat, pantang terluang aku akan tidur!  Tidaklah tidur sepanjang siang.  Cuma sekejap-sekejap sahaja...

Beginilah rupa kurma yang aku makan.
Gambar dari : gilerkentang.com
Kepada anda yang membaca catatan ini, kalau tidak berselera makan tu bolehlah cuba seperti yang aku buat.  Tapi kalau kurma pun anda tak makan, tak tahulah aku nak bagi petua apa... :)



13 ulasan:

  1. sahur mmg makan kurma..xmakan lain dah. kalau berbuka nampak air ja.. kurma kat sebalah xnampak lagi.hehe

    BalasPadam
  2. nak cuba tips yang kak cik bagi...manalah tahu serasi dengan yan..insyallah:-))

    BalasPadam
  3. Betul kak..PC pernah buat..PC rendam kurma + kismis dalam air milo..hihi..tahan lapar..perut kurang pedih..

    BalasPadam
  4. Memang betul kak, baru ni saya pun try. Tapi saya minum susu dengan kurma. Allahuakbar memang tahan lapar walau seharian kan. tapi kalau sahur nasi, pkul 12-1 dah mula perut lapar

    BalasPadam
  5. tadi saya try cara akak ini...memang best...gi teraweh rasa cergas jer...bagus bagi mereka yang tak suka nak makan kurma begitu saja.

    BalasPadam
  6. Baru makcik baca semalam pasal minum rendaman kurma atau kismis ni ( macam dok minum detox water lemon timun sbg tu)
    Boleh la cuba mcm kakcik buat, rendam dgn teh o. Tq

    BalasPadam
  7. saya jenis tak lalu makan masa bersahur..cuma minum segelas minuman panas bersama beberapa biji kurma..alhmadulillah boleh bertahan sepanjang hari..

    BalasPadam
  8. saya suka makan kurma jenama Rahim from YUTA....

    BalasPadam
  9. samalah KY pun tak berapa selera makan..terutamanya nasi, makan yg rencam2 jer..tamar memang tak tinggal..

    BalasPadam
  10. ada ustaz cakap jangan berbuka dengan kurma terus...berbuka dengan tamar dahulu...sebab kurma ada banyak kurma ada kurma ayam kurma lembu kurma kambing...kikiki gurau2 kak jangan marah...selamat berpuasa kak... ;-p

    BalasPadam
  11. makan kurma jugak...sebelum makan nasi...hehe

    BalasPadam
  12. Dah seminggu saya tak makan nasi waktu sahur.. cuma alas perut dengan air suam dan kurma.. tapi hidangan untuk anak2 tetap saya sediakan.

    BalasPadam
  13. Betul tu, kakcik. Kurma ni memang mengenyangkan betul. Kali ni berpuasa, saya langsung tak rasa lapar. Sahur pun makan kurma dengan minum air Milo. Nak makan berat-berat masa sahur memang dah tak lalu.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.