Terbaca di laman sosial tentang seorang selebriti yang sangat suka terlibat dengan kontroversi bertanya tentang tempat makan yang sedap. Maka disebutkanlah oleh seorang wanita tentang nama satu tempat. Memang sebutannya kedengaran kasar jika mengikut dialek satu daerah.
Maka melentinglah selebriti tadi dengan bahasa kesatnya lengkap dengan carutan dan makian.
Namun wanita tadi tenang menjawab bahawa yang disebutkan itu adalah nama sebuah restoran yang terkenal dengan makanannya yang mewah dan mahal kerana menggunakan daging terbaik.
Sudah menjadi rezeki wanita itu bila pemilik restoran berkenaan terbaca tentang kontoversi tersebut lalu menawarkan hidangan kepada beliau dan keluarnya menjamu selera di restoran berkenaan. Jumlah bil yang hampir mencecah RM5K dibiayai sepenuhnya oleh pemilik restoran. Alhamdulillah.
Bagitulah. Bila kita dimaki hamun, jawab sahaja dengan tenang kerana api tidak akan padam jika disimbah minyak. Sebaliknya buih yang kelihatan lembut bisa sahaja mengawal maraknya api...
dan akhir nyer yg sabar itu juga yg menang kan mak :)
BalasPadammalu sendiri la orang yang cepat sangat menabur makian tu...
BalasPadampastu doreamon tu terus caci maki restoran tu pulak. sikit pon tak minta maaf
BalasPadamAlhamdulillah...rezeki dia sekeluarga hasil dr dimaki hamun..baru baca kat fb pagi tadi...
BalasPadamKejahatan dibalas dengan kebaikan.. adalah satu KEMULIAAN..
BalasPadamdibulan yg mulia ini.... semua boleh jd kan kakcik...
BalasPadammasyaallah....rezki org yg dihina.....
BalasPadambetul kan kak cik, bila kejahatan di balas kebaikan..itulah yang sebaiknya supaya kita bukan sama dengan mereka yang suka dengan kejahatan itu.
BalasPadamMr Tettt tu cakapnya selalu takbur...nyampahhhj
BalasPadammenarik kan? Yang sabar tu terus dapat ganjaran cash di dunia :)
BalasPadamAlhamdulillah. Rezeki yang xdisangka2.. :D.. Semoga selebriti tu berubah lps ni.. Ameenn..
BalasPadamAalhamdulillah rezeki di bulan Ramadhan..
BalasPadamHidup ibarat roda.. ada masa kita dekat atas.. ada masa kita dekat bawah..
Betul tu, orang macam tu eloknya jangan dilayan, sakit.
BalasPadamhuhu! x minat si dia semakin menjadi2 pulak... moga di bulan yang mulia ini dia terbuka hatinya utk berubah..
BalasPadamsabar itu sebahagian dari iman. orang beriman saja tidak akan mengeluarkan kata2 makian dan cacian..
BalasPadamOh, walaupun tak baca cerita penuh tapi saya rasa saya tahu siapa selebriti tu! Dah tabiatnya suka memaki hamun dan mencarut. Allah belum tunjukkan jalan dan hidayah mungkin....
BalasPadamRestoran tu dalam senarai JJCM saya tau, Kakcik. Asyik terbantut plan nak ke sana sebab kononnya nak betul-betul feel makan makanan mewahlah.... cuma takut tak larat menghabiskan sebab anak-anak bukan suka sangat. Saya dengar ownernya chef Queen Elizabeth dulukan...