Kawan-kawan kakcik

Isnin, 25 Mei 2015

Beza antara MEREKA dan KITA...

Cuba baca dan fahamkan apa sebenarnya yang ingin aku sampaikan, ya...

Aku meluru masuk di kaunter Imigresen KLIA :
iya - aku nampak, aku boleh baca dan aku faham -
tertulis di situ FOREIGNER PASSPORT
tapi aku masuk dengan selamba
(kebetulan kaunter itu memang lengang)
aku disambut dengan senyuman
dan sapaan 'oh.. pasport Malaysia'
oleh pegawai wanita di situ.

Aku bertanya 'tak boleh ke?'
'Boleh sahaja Puan', jawabnya.
Aku pun berlalu dengan lega.

Sampai di SANA-
aku lihat kaunter yang tiada 'pelanggan'
aku hampiri
pegawai imigresen itu kelihatan sedang bersantai
kuhulurkan pasport -
dia buat muka selamba
tidak memandang pun kepadaku
kemudian pura-pura memicit kepala
rakannya di sebelah hanya memandang kepadanya sekilas
dia tetap tidak berbuat apa-apa

aku ambil pasport dan bergerak ke kaunter sebelah
datang lelaki Inggeris ke kaunter yang kutinggalkan
petugas itu dengan muka cemberut
mengambil papan tanda 'COUNTER CLOSED'
dan diletakkan di atas kaunter
sambil menggoyang-goyangkan kerusi
dengan gaya yang menyakitkan hatiku
dengan wajah hairan lelaki Inggeris mengundurkan diri

hati jahatku berkata
'kalau aku letakkan duit, mungkin dia berubah gaya'
ah...
'kalau terjadi begini di Malaysia,
mungkin sekejap sahaja kau akan jadi ternama'...


20 ulasan:

  1. kita orang melayu ni penuh adab dan sopan. tolak ansur tu masih ada.

    BalasPadam
  2. biasalah tu mak....kat Malaysia kalau buat jd viral nnti

    BalasPadam
  3. sbb tu ada seorang kwn beritahu... pegwai kerajaan ni takde kredibiliti... sbb segelintir pegawai gomen yg begini lah semua di cop begitu....
    kalu takmo bt keje... amik la cuti jgn lah bt muke gitu, dhla kerja di bahagian kaunter

    BalasPadam
  4. kenapa lah nak kena buat muka menyakitkan hati tu.. haishh

    BalasPadam
  5. hidup tu janganlah berlagak..

    .agaknya dia tak tahu kot kakcik ni kak long kawasan..kalau dia tahu pasti dia layan... :-)) gurau je kakcik

    BalasPadam
  6. Iyaa kakcik..mmg lemas klau berurusan dgn org melayu ni...maaflah ckap...takyah kaunter awam..pekerja kedai orang melayu..KEBANYAKANNYA begitulah feel amalan mereka...saya dulu slalu ke old town di beberapa lokasi..kebnyakannya ambik orang luar..ada seketol 2 jer mlayu..dan klau kita kluar malaya ni amat tersentuh hati dan kalbu apabila mereka begitu ikhlas berseri muka membantu..lain ugama..lain banga..lain budaya...hnya nukilan saya yg biasa mengalaminya

    BalasPadam
  7. Kakcik...
    Perangai buruk mcm tu sambut tetamu?
    Buat busuk nama negara... Memalukan
    Ramai lg org nak kerja tetap begitu...
    Saya pulak yg terlebih hangin....

    BalasPadam
  8. Aha, kak... Saya pernah kena sekali kat negara HD. Saya masuk hulur passport, dia tanya guna signal dari mana? Saya pun jawablah 'Malaysia'! Dia pura-pura tak faham bahasa sambil lewa jerk tengok passport saya pastu sengeh-sengeh sesama dia kat kaunter tu buat kerja. Orang HD ni lagi teruk, pandang tinggi pada bangsa sendiri dengan erti kata yang mudah - bodoh sombong! Oppss....alamak! Terlepas cakap dah! Nasib baik HD tak suka baca blog *_*

    BalasPadam
  9. Itu mmg biasa kakcik..
    Eloknya, zaman viral memviral ni, kita rakam aksi mereka, post kat Youtube...hahaha

    BalasPadam
  10. Saya tak pasti itu salah siapa. Tapi yang pasti, individu tu dah tentu tak layak kerja di situ. Menghabihkan boreh yo...

    BalasPadam
  11. Nampak sangat budi-bahasa di tempat kita jauh lebih tinggi berbanding di tempat mereka.

    BalasPadam
  12. Pucuk pangkal hati..bila kita suka mudahkan urusan orang lain..in sya Allah urusan kita pun dipermudahkan..masalahnya terkadang emosi melangkaui kewarasan..mangsanya kita..

    BalasPadam
  13. betullah kakcik.. kalau di Malaysia sekejapan je pasti terkenal..

    BalasPadam
  14. Kakcik tak rakam ke wajah 'cemberut'nya itu (lama tak dengar perkataan ini!). Kalau rakam tentu jadi viral kat India...

    BalasPadam
  15. ish2...sakit nya hati baca ni kakcik.Tak de adab sopan langsung..kalau budak2 perangai macam ni paham jugak la..itu budak2..kan??tapi yang tua pun buat perangi macam tak matang,tak de adab,kurang ajar itu nak salah kan siapa ye??mak ayah nya tak ajar ke?/dah tua..tak patut pulak nak marah mak ayahnya..sah2 la dia sendiri yang jadikan diri dia dipandang hina begitu..

    BalasPadam
  16. cemberut? apa tu kak cik... perkataan baru ni...hehhehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menunjukkan muka 'masam', tidak puas hati dan memandang dengan pandangan yang menjengkelkan... :)

      Padam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com