Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 23 Mei 2015

D'Arab Cafe, Seksyen 13 Shah Alam...

...sebelum itu, mari kita semak tentang apakah sebenarnya perbezaan antara LAMB dengan MUTTON ( Rujukan dari  : http://ansalternak.blogspot.com/2014/01/perbezaan-lamb-dan-mutton.html )


Untuk beberapa jenis masakan berasaskan kambing, dua jenis daging popular yang digunakan ialah LAMB dan MUTTON..bezanya ialah

LAMB : Daging Anak Bebiri berumur kurang dari setahun; dlm lingkungan 4-12 months sudah disembelih untuk tujuan catering dan sebagainya

MUTTON: Daging Bebiri lebih tua; dimana lebih pejal ('keras") dan lebih segalany2x lah..hehe sebab kira daging dr bebiri dewasa


Baiklah, sekarang mari kita terjah ke D'Arab Cafe yang terletak di Seksyen 13, Shah Alam ini. Untuk penggemar 'nasi Arab tapi bertekak Melayu', D'Arab Cafe ini mungkin pilihan terbaik buat anda. Kalau nasi Arab di Restoran Arab, hidangannya mungkin lebih kering, tapi di D'Arab Cafe ini, hidangannya boleh disesuaikan dengan citaras Melayu kita.  Harga hidangannya pun lebih murah dan sepinggan hidangan untuk seorang sebenarnya boleh mengenyangkan perut dua orang dewasa yang tak kuat makan... :)

Dari luar lagi, gambar itu sudah
membuatkan kita teruja untuk
masuk dan menikmati hidangannya.

Menu

Senarai minuman

Ruang dalam restoran yang bersih
dan selesa.

Asalnya sebelum ini, restoran ini adalah Restoran Pecel Lele.  Disebabkan beberapa masalah, akhirnya restoran ini bertukar milik. Walaubagaimanapun, pemilik yang baru tetap mengekalkan menu Pecel Lele di sebahagian restorannya...











Hummos

Lamb Khabsa

Chicken Khabsa

Chicken Shawarma

Pemilik D'Arab Cafe -
Tn. Hj. Hairuddin

D'Arab Cafe di Seksyen 13
Shah Alam ini adalah cawangan
yang ke 12.  Bangga mereka
dapat bergambar dengan
pemiliknya.  Makcik tukang
ambil gambar je...

Licinnnnn...

13 ulasan:

  1. makanan arab yan belom pernah rasa lagi...kak cik..tapi tengok gambar macam sedap

    BalasPadam
  2. mmg sedap nasi Arab D'Arab Cafe..dah berkali-kali makan di situ, selain kat Sek 13, ada di Sek 7 juga

    BalasPadam
  3. Baru tau.. ingatkan daging kambing kita kat sini yang dipanggil mutton.
    Suka nasi arab.. tapi pernah makan yg kat sekitar putrajaya ja.. sekali ja makan kat rawshah ke apa tah....sebab kebetulan lalu situ singgah nak cuba..

    BalasPadam
  4. Hebat nengok gambar-gambar menu restauran, teringin juga hendak rasa bila dapat peluang pulang nanti. Mak Long terbaca daging kambing lebih baik dari daging lembu. Di kg Mak Long ramai percaya daging kambing tu tidak berapa sihat kalau dimakan selalu seperti kalau makan daging tu boleh menyebabkan penyakit darah tinggi..dll

    BalasPadam
  5. Sekali imbas sy ingt pecal lele lela td.. Tp ok la... Boleh mkn mcm2..

    BalasPadam
  6. Who doesn't want to travel for Pilgrimage to Mecca?! It's a dream for every Muslim all over the world.

    BalasPadam
  7. ooooo... selama ni sy mmg keliru.. knp skejap lamb.. skejap mutton, hahaha

    BalasPadam
  8. Ada ke cawangan D'arab Cafe di sebelah Utara ni? Kalau ada, teringin juga nak melawat....

    BalasPadam
  9. aduhai. tengok gambar kambing aje dah terliur... mcm mana ni? hehehe

    BalasPadam
  10. saya dulu2 pun selalu konpius antara lamb and mutton... tiap kali tanya penjual, tiap kali tu dapat lain explanation... tapi skrang dah boleh beza...
    Lamb lagi sedap dari mutton sbb daging muda... harga lamb pun mahal sikit dari mutton... huhuhu

    Sedapnya nasi arab.. kegemaran kami :)

    BalasPadam
  11. semuanya nampak sedap...terliur pulak..hehhehe

    BalasPadam
  12. Kalau pergi Shah Alam selalu nampak restoran ni. Lintas langsung jerk tak pernah singgah lagi *_* Itinerary makan-makan dalam list banyak lagi nak terjah. Nampak macam berselera juga. Nantilah kalau tak terlepas ke Shah Alam lagi, boleh singgah di sini pulak. Soal makan ni, jalan jerklah janji jangan lupa bawa duit dalam dompet ~_^

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.