Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 17 April 2015

Bilalah mesinkira 'cerdik GST' nak digunakan di restoran-restoran ni...

...asyik-asyik alasannya mesin belum tiba.  Jadinya sesuka hatilah peniaga mengenakan GST ke atas setiap  makanan dan minuman yang mereka jual...

Nanti ada pula orang yang terlebih cerdik suruh masak dan makan di rumah atau bawa bekal je...

Bila guna 'mesin cerdik GST', dapatlah kita tahu yang mana barangan yang
dikenakan GST (simbol S) dan yang mana bebas GST (simbol Z).
Nampak tak?  Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah bebas GST...
Tanpa mesin cerdik GST, semua makanan (minuman seperti yang tercatat
pada resit di atas sebenarnya adalah makanan - nasi lemak/begedil/ayam
goreng), semuanya dipukulrata untuk dikenakan GST.  Perlukah kita
membawa buku atau setidak-tidaknya senarai tentang mana barang yang
dikenakan GST dan yang mana tidak setiap kali kita membelibelah
atau makan minum di restoran.  Bila ada panduan (buku/senarai),
bolehlah kita bertekak di kaunter pembayaran, kan?

13 ulasan:

  1. Nampak sgt negara kita belum bersedia kakcik. Dulu S'pore bila implement aje semua rakyat dah faham. Tak ada kecoh pun mana satu barang. Lagi pun mereka mula dulu bukan terus-terus 7% seperti sekarang. Kita aje mula aje terus kenakan 6%. Pihak berkuasa pun bila kita tanya ada yg tak dpt menjawab - katanya masih dlm kajian. Kalau masih dikaji jgnlah implement dulu.

    BalasPadam
  2. Dah beberapa kali call nak tanya pasal resit atau bill ini dengan kastam, pusat pertanyaan gst tulah, tak dapat2 nak tembus line tu...fahamlah busy kan sebab ramai yang tak faham...jadi ingat senang email...tapi sampai sekarang berapa minggu dah email pun tak berbalas...

    BalasPadam
  3. kalu semua pasaraya ada mesin cerdik bgs jgk sbb kite pun nampak terang2an mana yg ada gst mana yg tak, kalu tak semua hantam ada gst kan...

    mudah kan, bile time camni konon sarankan suruh bwk bekal, suh bercck tanam.... aduhla depa ada ke cck tanam ke bwk bekal? kalu susah sama susah senang sama senang takpe, ni kite je susah depan goyang kaki senang lenang

    BalasPadam
  4. Yg penting pisang direstoren mamak x di kenakan gst ..klu mamak kenakan gst repot

    BalasPadam
    Balasan
    1. mamak tempat saya ni ada GST. sy confuse macam mana report. Tlg tunjukkan

      Padam
  5. Bukan satu langkah mudah nak kawal isu GST ni, sepatutnya Kerajaan dan bersedia dari awal, bukannya GST dah dimulakan baru terkial2 nak ubah sistem itu ini, baru nak create mesin baru, produk baru.. sepatutnya berlangsung je GST ni, semuanya akan berubah mengikut sistem baru.. bukannya masih terkial-kial macam sekarang ni.. yang jadi mangsa adalah kita semua.. too bad dengan implementasi yang dijalankan oleh Kerajaan..

    BalasPadam
  6. Klu mkn di restoren semua itemnya kena gst...

    BalasPadam
  7. alahai... makan kat rumah pun kena GST jugak kan.

    BalasPadam
  8. Harap-harp lepas ni ada perubahan kan KakCik.

    BalasPadam
  9. Saya nak senang ingat macam ni je...
    barang yang telah diproses kena GST (contohnya ayam goreng)
    dan barang yang belum diproses tak kena GST (contohnya ayam mentah)

    BalasPadam
  10. Boleh fight ni. Resit ni dah salah kak chik, even ada nombor GST kat atas tu pun. Report polis tahulah gelabah nanti macam mane.

    BalasPadam
  11. semua makanan yang diproses kena gst, so makanan dan minuman basically mmg gst
    cuma tak sure
    bleh ke general gitu
    hehehehehhee

    BalasPadam
  12. Tak dan nak bawa buku senarai barang-barang lepas tu nak check satu-satu. Kalau kita bawa pun, ada-ada alasan bodoh yang peniaga akan bagi sampai kita pun letih nak bertekak. Nak komplen ~ cubalah kalau berjaya. Kalau setakat 1,2 komplen bolehlah layan tapi kalau dah ribu-ribu, tak sempat tarik nafaslah gamaknya. Makanya, kita jugalah yang kena tanggung semua!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.