Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 18 April 2015

Asam rebus ikan kembung...

...di setengah tempat ia dipanggil 'singgang' atau 'pindang'...

Lauk yang paling senang hendak disediakan.
Tumbuk cili api dengan bawang, titik serai - masukkan 

dalam periuk bersama ikan dan asam keping. Bila 
mendidih masukkan garam, serbuk kunyit dan gula
secukup rasa.  Makan dengan nasi panas dan sambal belacan...
Ini hidangan yang dipesan dan dimakan oleh En. Suami di Kota Kinabalu pada hari ini (17/04/2015).  Semua ini berjumlah RM43.50 tanpa GST katanya. Hehehe...En. Suami pun dah pandai ambil gambar sebelum makan.  Selalunya itu kerja Pn. Isteri.  Disebabkan Pn. Isteri tak ikut, beliau whatsapp saja gambar ini...

10 ulasan:

  1. lauk singgang ni mmg fav saya. Walaupun senang nak masak. saya tetap suruh mak masak. Lagi sedap rasa dia ehehehe

    BalasPadam
  2. MMg sedap ikan masak singgang ni..tp bebdk skrg mana reti mkn singgang2 ni Kak cik :)

    BalasPadam
  3. sedap singgang dgn sambal belacan, pasangan serasi tu kakcik.

    BalasPadam
  4. Lama Mak Long tak singgah blog kawan-kawan. Kakcik orang Johor panggil masak pindang. Sedap rasa dah dalam tekak. Balik rumah dah pasti inilah satu dari menu atas meja.

    BalasPadam
  5. di kedah ianya dipanggil pindang,dikelantan dipanggil singgang..

    BalasPadam
  6. Singgang, pindang dan asam pedas semuanya saya suka. Lagi pedas lagi sedap...

    BalasPadam
  7. Asam rebus, org Melaka panggil. Tp mmg sedap.masak dgn ikam.kembung kecik2. Ratah ikan dengan.kuah.singang. Pergh...sedap kak. Tp kalau saya, nak kena ada sambal belacan juga....baru kick.

    BalasPadam
  8. Mahalnya.. Makan berapa orang tu?

    BalasPadam
  9. Hahaha...suami kepada blogger! Haruslah bekerjasama. Kalau isteri takda, suami tolong ambilkan gambar :)

    Kakcik, saya masih konpius antara bening dengan pindang padahal ikan masak pindang ni memang kegemaran arwah abah saya. Dan saya? Macam biasalah memang tak pernah masak lauk ni. Hebatkan saya ni~lagak diva tak jejak tanah kata omputih!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.