Kawan-kawan kakcik

Selasa, 7 April 2015

Asam pedas ikan parang...

...masakan ringkas dan segera cara Kakcik Seroja....

Bahan-bahan :
 (sebelum ada yang bertanya, suka diingatkan bahawa masakan kakcik tidak menggunakan belacan sama ada untuk asam pedas mahu pun sambal tumis.  Kalau ada yang hendak tambah belacan, silakan.  Tidak menjadi masalah)...

15 tangkai cili kering*
10 ulas bawang merah*
sebatang serai*
halia sebesar ibu jari (tak kisahlah jari kaki ke tangan)*

Semua bahan bertanda * dikisar halus

Beberapa keping ikan parang
10 tangkai bendi
3 biji tomato
Semangkuk air asam jawa
Beberapa tangkai daun kesum
2 tangkai bunga kantan

Cara memasak :

Panaskan 1 senduk (agak-agaklah) minyak masak.
Masukkan bahan kisar.
Kacau hingga pecah minyak.
Masukkan air asam jawa.
Masukkan daun kesum dan bunga kantan.
Tambah air (ikutlah banyak mana kuah yang dikehendaki - jangan sampai hilang rasa, sudah!)
Bila sudah menggelegak, masukkan ikan.
Kemudian masukkan bendi dan tomato.
Tambah garam secukup rasa (tak payah guna serbuk perasa).

Bila ikan dah masak dan bendi serta tomato dah lembut, tutup api.

Masukkan asam pedas dalam mangkuk, sediakan bersama sepinggan nasi dan bolehlah makan dengan aman.  InsyaAllah... :)

Ini masakan cara Kakcik Seroja ya.
Lain orang lain caranya...:)


25 ulasan:

  1. kalau masak asam pedas..saya suka hirup kuahnya Kacik..

    BalasPadam
  2. Ikan parang mmg terbaek utk asam pedas..
    Nanti saya singgah ya kakcik
    Nak makan kuah cicah roti....

    BalasPadam
  3. pebret kita lah bonda asam pedas ni...bestnya kalau mak yng masakkan..hehe

    BalasPadam
  4. betul tuh kakcik.... sedap nengok asam pesa kakcik tuh... ikan parang udahla lemak sedap btl lah bt asam pds... cuma dana tak tahan ngn tulang yg bnyak

    BalasPadam
  5. Ganti ikan parang dengan ikan pari pun boleh juga kan..? Di dalam peti ais saya ada lagi stok ikan pari..

    BalasPadam
  6. kak cik saya lapo ... tolong .......
    tak sabo dah ni nk tgu lunch .. td tak bfast .. kerja menimbun .....

    BalasPadam
  7. kalau part bendi2 tu, mmg feveret!

    BalasPadam
  8. kat rumah.. kalau masak asam pedas atau kari, kena letak extra bendi.. sebab dak Kakak dengan dak Adik pasti berebut..

    BalasPadam
  9. Betul-betul menyelerakan ni kakcik. Kami ni org Johor kalau dpt dihidang dgn lauk ini aje pun dah lebih dari cukup. Kakak suka bendi dlm asam pedas.

    BalasPadam
  10. assalamualaikum kakcik...setiap org ada cara masing2 sendiri bila nak memasakkn...

    BalasPadam
  11. kadang2 saya pun buat asam pedas tak bubuh belacan...nak jaga kulit konon nya..ahahha..tapi kalau ada tetamu ke,nak bagi jiran ke saya bubuh la..asam pedas ni macam2 style orang buat..ada jugak yang tak bubuh bunga kantan,tapi serai dan daun kesum dia bubuh lebih ..saya pulak apa cara pun semua suka kalau dah namanya asam pedas..hehehe

    BalasPadam
  12. lain orang betul lain caranya.. yg penting sedap.. ^_^

    BalasPadam
  13. Ini faveret pak mertua Okje KC.....Menantu dia pun gila suka juga hihi...Kalau makan asam pedas ni okje suka kuah banjir pas tu tuang kicap manis....mmg meletop

    BalasPadam
  14. Mak Long anak Muar memang kenalah dengan asam pedas. Asam pedas ikan sembilang adoiiii sedapnya...

    BalasPadam
  15. sesekali kakcik turun kedapur letak gambar makanan mengancam lah kakcik, asam pedas fav disana disini disinunnnn

    BalasPadam
  16. Wowowo..... asam pedas ikan parang! Favorite saya ni, Kakcik. Saya bab ikan bertulang banyak ni memang suka. Alhamdulillah, tak pernah pulak makan ikan sebegini sampai tercekik tulang. Saya pun dah lama tak letak belacan dalam masakan yang sepatutnya. Sampai lupa pulak bila last time beli belacan ek!

    Hai, Kakcik! Dah makan tengahari pun lapar balik bila tengok asam pedas ni! Kat rumah banyak ikan minggu ni. Haruslah boleh buat hari ni....

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com