Kawan-kawan kakcik

Isnin, 6 April 2015

Kembung goreng dan sambal kicap...

...tambah pula nasi panas.  Memang makan bertambah tak peduli apa.   Agak-agaknya sekarang,  kalau makan di kedai berapa kena bayar untuk hidangan yang begini ya?

Minggu lepas, wanita yang mengurut badanku mengadu bahawa beliau membayar RM4.00 untuk sebungkus nasi putih bersama sebiji telur goreng semata-mata...

Gaji ditakuk lama sedang kos sara hidup meningkat hari ke hari.  Penyelesaiannya?  Jomlah kita berniaga!...

17 ulasan:

  1. Lepas ni saya nak makan dekat gerai fikir dua tiga empat kali. Hari ahad hari tu
    saya makan nasi putih lauk kari letak kepak ayam, lepas tu ikan bakar pari kena RM21. adoi...kalau makan dekat KFC lagi berbaloi

    BalasPadam
  2. Kakcik
    Kakcik pandai masak
    Mmg patut berniaga..
    Sebab bila2 nak rasa airtangan kakcik
    Tak laa malu nak merasa.... :-)

    BalasPadam
  3. saya masih lagi bernasib baik mak sebab masih lagi bawa bekal setiap hari dari rumah..tapi lunch skrg dah tak makan..dalam pada menjimatkan duit saya berdiet jugak..takut nak guna duit!

    BalasPadam
  4. sedapnya kakcik... kalu makan kat rumah lauk mcm ni dah sedap.. nak2 ada petai hihi... eija selalu mkn kat kedai lauk ikan goreng rm5.50 T_T xde sayur sebab mmg tak suka mkn sayur... so ambik kuah dgn ikan je

    BalasPadam
  5. ni pun dh ckp sedap kalu dana... ada ulam timun pun dh lengkap kakcik... skrg kadang2 ada je peniaga yg amik kesempatan naik kn harga melampau2

    BalasPadam
  6. tulah,sekarang ni,walau macam manapun mesti kena bawak bekal dari rumah..Kalau dengan telur pun harga dah macam tu,inikan pulak hari² kita makan luar kan bonda..

    BalasPadam
  7. Berniaga ni pun kakcik makin blur dibuatnya. Semua invoice kena ada code tariff (utk syktlah..) kalau jual kuih senang sikit. Kakak ingat nak ambil upah jahit baju balik tapi pinggang dah tua tak larat nak duduk lama. Anak-anak semua masih belajar... duit makin kecil nilainya:(

    BalasPadam
  8. kawan hubby makan kat warung pun dah mahal kak cik...nasi + sayur + tempe...rm 5.50...

    BalasPadam
  9. Makin tak berani saya nak beli makanan untuk di makan di office.. sebab ada yang mengeluh di caj mahal.. huhuhu..

    BalasPadam
  10. Saya memang jual creampuff kat kedai, takde la untung banyak, pasal kalau nak untung banyak kenalah buat lebih tapi syukurlah ada la sikit duit poket waktu terdesak..Ikut kemampuan jugak nak buat. Sekarang ni mmg makan kat rumah je, bukan setakat ngeri nak makan kat luar, nak keluar rumah je pun dah rasa ngeri memikirkan duit yang akan keluar banyak.

    BalasPadam
  11. Zaman manusia sembelih manusia dengan harga gila-gila semakin menggila sekarang. Semuanya atas nama GST walaupun untuk barang yang tak kena GST...

    BalasPadam
  12. Kadang-kadang (iye ke kadang2?) peniaga memang sengaja letak harga tinggi. Menipu pelanggan. Terutamanya dengan adanya GST, mudahnya alasan yang mereka guna untuk naikkan harga. Sedangkan jumlah itu boleh diclaim daripada kerajaan, tapi kita.. nak claim dari siapa? Haih..

    BalasPadam
  13. Peghhh!!yang tu best kakchik...masak kicap tu kawan kan pulak dengan sambal belacan..ada ulam sikit...pucuk gajus ke..wah!!!!heheheh

    BalasPadam
  14. sedapnya makan lauk ikan goreng n sambal kicap kak....

    BalasPadam
  15. Rasanya mau cecah Rm6 henggit tu KC......
    Lama tak beli ikan kembung tu KC....udah teringin pulak. Sedap goreng garing garing tu....Pulak sambal kicap mmg dah ready kat fridge

    BalasPadam
  16. Kakcik kalau nak berniaga, bawalah saya jadi pembantu. Hahaha....

    Setakat ni tempat yang selalu saya beli makan tengahari tak naik harga lagi. Tapi dalam pada tak naik harga pun, memang dah mahal. Kadang tu nak bawa duit RM10 tanpa bawa purse pun takut macam tak cukup. Nak berhutang, kakak jual mahal tu tak sediakan buku tiga lima pulak!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.